Polis Sepanyol dikatakan telah melakukan beberapa penahanan sebagai sebahagian daripada proses siasatan terhadap dakwaan mengatur keputusan perlawanan bola sepak di negara tersebut.
Tangkapan oleh polis dilaporkan melibatkan beberapa pemain yang sedang aktif beraksi bersama kelab masing-masing, bekas pemain dan juga pegawai eksekutif kelab, melibatkan dua divisyen atasan di Sepanyol.
La Liga gempur skandal atur perlawanan
“Pihak polis telah mengambil tindakan berikutan laporan yang dilakukan pada Mei 2018 mengenai kemungkinan aktiviti mengatur perlawanan membabitkan perlawanan La Liga,” ujar seorang jurucakap La Liga.
Tidak kurang daripada lapan perlawanan telah dilaporkan kepada pihak polis oleh La Liga.
Jurucakap badan bola sepak pertandingan itu juga berkata, La Liga akan terus mengambil tindakan proaktif untuk membanteras segala aktiviti tidak sihat di dalam bola sepak.
Police in Spain have made a string of arrests reportedly related to match-fixing in La Liga and the Segunda Division.
Current and retired players as well as club executives have been detained.
More: https://t.co/iDWUUhtvD6 pic.twitter.com/iiZ4v0z0Rb
— BBC Sport (@BBCSport) May 28, 2019
Pemain dan bekas pemain yang ditahan
Menurut laporan oleh The Sun pula, pemain Leeds United, Samuel Saiz adalah antara pemain yang telah ditahan oleh pihak polis di Sepanyol.
Pemain tengah yang berasal dari Madrid itu beraksi bersama Getafe secara pinjaman pada musim ini.
Manakala bekas pemain yang turut dilaporkan ditahan ialah bekas pertahanan Real Madrid, Raul Bravo – yang dikatakan mengetuai keseluruhan sindeket mengatur perlawanan.
El Mundo dan ABC pula mengatakan sumber dalaman daripada pihak polis turut mendedahkan pemain Deportivo La Caruna, Inigo Lopez dan bekas pemain Real Valladolid, Borja Fernandez juga adalah antara yang ditahan untuk membantu siasatan.
Serbuan turut dilakukan ke atas kelab Huesca yang tersingkir daripada La Liga pada musim ini, manakala Presiden kelab, Agustin Lasaosa juga telah pun ditahan.