Polis Manchester Bimbang Penyokong ‘Kepala Batu’ Berkumpul Luar Stadium

Manchester Derby

Polis Bandar Manchester berkata timbul kebimbangan mengenai penyokong bola sepak fanatik yang degil berkumpul di perkarangan stadium sekalipun mereka tidak dibenarkan menonton perlawanan di dalam stadium.

Kerajaan United Kingdom telah memberi lampu hijau untuk semua sukan termasuk pasukan-pasukan bola sepak untuk kembali menjalani latihan bermula 1 Jun.

Pengurusan Liga Perdana Inggeris (EPL) telah diminta untuk merangka prosedur dan protokol kesihatan bagi menjamin keselamatan semua pihak yang terlibat dalam perlawanan.

Semua kelab telah pun menjalankan perbincangan pada minggu ini mengenai kaedah terbaik untuk melengkapkan baki perlawanan musim ini dan berharap ianya dapat dimulakan seawal bulan depan.

Semua kelab juga telah dimaklumkan mengenai cadangan beraksi di gelanggang berkecuali seperti mana yang disarankan oleh pihak berkuasa, namun difahamkan kebanyakan kelab mahu kaedah bermain di tempat sendiri dan tempat lawan diteruskan seperti biasa.

“Jika perlawanan Liverpool berkunjung ke Manchester City, saya agak yakin ianya akan mendorong penyokong untuk berkumpul sekalipun mereka tidak boleh masuk ke dalam stadium. Jadi kami perlu memikirkan cara untuk berdepan dengan kemungkinan ini,” ujar Ketua Polis Bandar Manchester, Ian Hopkins.

“Apa yang kami risaukan, jika ada penyokong yang tetap berdegil walaupun perlawanan berlangsung di gelanggang berkecuali. Ia tentu memberi masalah besar buat kami.

“Tetapi kami tetap bersedia untuk berdepan kemungkinan itu. Ini adalah mengenai isu kesihatan, tentu sukar sekiranya ada satu kumpulan besar yang berkumpul dan tidak mengamalkan penjarakan sosial.”

Berdasarkan data terbaharu, setakat ini, sudah 230,985 orang di United Kingdom dijangkiti virus COVID-19 dan 33,263 orang telah meninggal dunia.

Baca juga artikel kami yang lain mengenai Liga Perdana Inggeris:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN