Polis Cekup 7 Orang Di Pulau Pinang Kerana Bermain Bola Sepak

Tujuh lelaki ditahan oleh pihak polis di sebuah padang bola sepak awam di Pulau Tikus pada semalam kerana melanggar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dikuatkuasakan oleh kerajaan.

Ketua Polis daerah timur laut, ACP Soffian Santong berkata tangkapan dilakukan pada jam 6:30pm semalam ketika pegawai polis melakukan rondaan di kawasan tersebut.

Enam lelaki didapati bermain bola sepak, dan seorang lagi sedang jogging mengelilingi padang pada ketika itu. Pihak polis memberikan arahan supaya mereka bersurai segara.

“Namun ada di kalangan lelaki tersebut enggan berbuat demikian dan memberitahu polis mereka sekadar bersukan dan buka melakukan perhimpunan,” kata Soffian.

“Berikutan itu pihak polis terpaksa mengambil tindakan menahan kesemua 7 lelaki tersebut kerana melanggar arahan PKP.”

Menurut Soffian lagi kesemua 7 lelaki berada pada usia lingkungan 20 tahun dan kini ditahan untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 186 Kanun Keseksaan di bawah Peraturan 7 (1) Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Kawalan Penyakit Berjangkit 2020.

Mengikut peruntukan itu tertuduh boleh dikenakan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda sehingga RM10,000 atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Sepanjang PKP dilaksanakan orang ramai dinasihatkan untuk terus berada di rumah masing-masing dan elakkan dari keluar tanpa sebarang sebab munasabah, termasuklah bermain bola sepak dan bersukan.

Buat semua pembaca kami, patuhi arahan pihak berkuasa dari masa ke semasa dan patikan diri dan keluarga anda selamat sepanjang masa.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN