Polis Brazil Tutup Kes Rogol Neymar

Neymar menafikan dakwaan merogol oleh seorang wanita Brazil pada Mei lalu, dan polis Sao Paulo turut tidak menemui cukup bukti untuk meneruskan pendakwaan.

Sebelum ini pihak polis menjalankan siasatan ke atas bintang bola sepak Paris Saint-Germain (PSG) itu, tetapi kini terpaksa menutup kes tersebut.

Pegawai penyiasat di sebuah balai polis Sao Paulo – dimana laporan dibuat oleh wanita yang mendakwa sebagai mangsa – mengesahkan pada Selasa lalu, kes tersebut telah diserahkan kepada pihak pendakwa, yang kemudiannya mempunyai 15 hari untuk melakukan evaluasi dan keputusan pendakwaan.

“Saya telah membuat keputusan [berkenaan pendakwaan]. Saya tidak melihat banyak elemen untuk mensabitkan kes,” ujar pegawai penyiasat Juliana Lopes Bussacos di dalams satu sidang media.

Neymar sebelum ini menafikan sekeras-kerasnya beliau telah merogol wanita tersebut di sebuah hotel di Paris pada 15 Mei lalu.

Wanita tersebut berkata beliau sebelum itu berbalas-balas mesej dengan Neymar sebelum dijemput ke hotel penginapan pemain itu.

Malah tindakan wanita tersebut menangguhkan laporan polis sehingga 31 Mei turut dipersoalkan, walaupun berkata beliau ketakutan selepas insiden tersebut.

Neymar tampil dalam beberapa siri video yang disiarkan melalui media sosial selepas pendedahan wanita tersebut untuk menafikan dakwaan.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN