Quantcast

BERITA

Polis Belanda Terpaksa Leraikan Pergaduhan Penyokong di England?

Pergaduhan penyokong kelab bola sepak merupakan perkara yang sering berlaku. Pihak berkuasa terpaksa bertindak walaupun mereka bukanlah bertugas di negara mereka.

Kejadian sebegini terpaksa dihadapi oleh sekumpulan polis Belanda di Bristol, England hujung minggu lepas.

Gaduh

Kerusi yang dilempar dari pub. Sumber: Daily Mail.

Sekumpulan penyokong telah bergaduh di sebuah pub di Bristol. Dilaporkan pub itu rosak akibat pergaduhan itu. Malah, beberapa buah kerusi telah dibaling keluar daripada pub yang malang itu.

Kejadian itu berlaku pada sehari sebelum perlawanan EFL Championship antara Bristol City menentang Millwall.

Kekecohan itu memaksa polis Belanda turut dipanggil bagi bekerjasama dan membantu untuk meleraikan pergaduhan itu.

Dilaporkan polis Belanda berada di situ kerana sekumpulan penyokong datang adalah dari Belanda.

Rombongan dari Belanda itu dilaporkan akan menyaksikan perlawanan tersebut.

Kemudiannya, 4 orang lelaki telah ditahan polis di sebuah hotel. Penahanan itu dibuat beberapa jam sebelum perlawanan bermula pada Ahad, 2 Disember lalu.

Cedera

Polis melaporkan terdapat seorang penyokong cedera. Terdapat saksi mengatakan ia berpunca daripada penyokong Bristol City yang memulakan pergaduhan itu.

Walaupun laporan awal menyangka pergaduhan bermula daripada penyokong Millwall.

Nampaknya, tindakan tegas perlu diambil oleh mereka yang memulakan pergaduhan. Pergaduhan seperti ini wajar dielakkan supaya tiada kecederaan mahu pun kehilangan nyawa serta kerosakan harta.

Atau nama negara tercemar.

KEMASKINI TERUS KEPADA ANDA!

Jadi yang pertama mendapatkan kemaskini dari kami melalui emel!