Police Tero Perkenal Jurulatih Tempatan Baharu Selaku Pengganti Tan Cheng Hoe

Kelab di Thailand, Police Tero akhirnya memperkenalkan jurulatih baharu mereka iaitu Thawatchai Damrong-ongtrakul untuk mengharungi saingan Thai League 2 pada musim hadapan.

Sebelum ini, jawatan tersebut telah disandang oleh jurulatih berpengalaman dari Malaysia iaitu Tan Cheng Hoe sebelum pengendali itu gagal memberikan impak positif.

Cheng Hoe yang diikat pada pertengahan musim di Thailand, sebenarnya diharapkan mampu menghidupkan peluang Police Tero untuk sekurangnya kekal di saingan utama sebelum ianya gagal direalisasikan.

Hadir dengan reputasi cukup gah buat Harimau Malaya dan Selangor sebelum ini, sentuhan Cheng Hoe gagal untuk menyelamatkan Police Tero sebelum mereka terjerumus ke pentas Thai League 2.

Selain Cheng Hoe, pasukan tersebut turut membuat beberapa rombakan dengan ramai pemain-pemain utama lain turut dilepaskan bagi menghadapi saingan musim hadapan.

Ketika ini, masih belum diketahui ke mana arah tujuan baharu pasukan tersebut bagi persaingan hadapan jika Cheng Hoe akan terus kekal di Thailand atau pengendali kelahiran Kedah itu akan kembali ke saingan Liga Malaysia (Liga M).

Beralih kepada jurulatih baharu mereka iaitu Thawatchai, beliau hadir dengan rekod cukup menyakinkan sebelum itu bersama kelab-kelab lain sehingga kehadirannya disambut baik peminat tempatan.

Rekod kejayaan paling diingati pastinya ketika beliau memastikan PT Prachuap FC menjuarai kejohanan Toyota League Cup pada musim 2018/2019 sewaktu mereka mengatasi cabaran Buriram United.

“Police Tero ingin mengumumkan Thawatchai Damrong-ongtrakul selaku ketua jurulatih untuk bersaing dalam kejohanan Thai League 2 musim 2024/2025.

“Mengenai Thawatchai Damrong-ongtrakul, beliau telah pun berpengalaman untuk menjadi jurulatih kebanyakan kelab tempatan termasuk Chiang Rai United, Pattaya United, Police United, Bangkok United, Chainat Hornbill, Nakhon Pathom United, PT Prachuap, dan Nongbua FC,” jelas kenyataan tersebut.

Pada masa sama, kenyataan pasukan tersebut juga menyatakan jurulatih itu mempunyai matlamat sama untuk memastikan Police Tero kembali ke saingan utama musim hadapan.

“Matlamat Thawatchai dan pengurusan kelab adalah sama, iaitu untuk membawa Police Tero kembali dipromosikan ke saingan Thai League 1 dalam satu musim.

“Kepada para penyokong, sila ikuti dan terus beri sokongan buat kami untuk misi hebat membawa pasukan kembali ke saingan Thai League kali ini,” ujar kenyataan itu lagi.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN