Police Tero Bakal Jalani Kem Latihan Pusat Di Johor

Kelab gergasi Thailand, Police Tero dilaporkan bakal mengadakan kem latihan pusat di Johor dalam usaha mereka untuk terus bertambah baik sebelum saingan liga di sana kembali bersambung.

Ianya dilaporkan secara rasmi melalui laman kelab bola sepak tersebut, menerusi kenyataan mereka akan berada di sana lebih daripada seminggu di Johor untuk mengharungi kem latihan pusat.

“Hari ini pada pagi yang gelap, para pemain dan staf Police Tero berlepas untuk mengharungi kem latihan pusat di Johor Bahru, Malaysia daripada 13 sehingga 21 Mac 2024,” jelas kenyataan tersebut.

Ketika ini saingan liga di Thailand berehat sebentar untuk memberi laluan buat aksi antarabangsa yang akan berlangsung dengan membabitkan skuad kebangsaan Thailand sendiri.

Maka, peluang tersebut diambil oleh Police Tero untuk mengharungi kem latihan pusat dengan menjadikan Johor sebagai pilihan mereka demi memulihkan kembali prestasi sebenar pasukan tersebut.

Apatah lagi, prestasi semasa Police Tero jelas begitu mendukacitakan kerana mereka masih gagal meraih sebarang kemenangan selepas melalui lapan perlawanan berturut-turut.

Kemasukan bekas pengendali Selangor iaitu Tan Cheng Hoe sebelum ini juga tidak begitu berpihak kepada pasukan tersebut apabila dua perlawanan terakhir menyaksikan Police Tero meraih satu seri serta satu kekalahan.

Kedudukan semasa di saingan Thai League 1 menyaksikan Police Tero berada di tangga ke-14 daripada 16 pasukan bertanding dengan mereka hanya memperoleh lima kemenangan sahaja daripada 21 perlawanan dilalui.

Jelas situasi tersebut tidak berpihak kepada mereka, dan sesuatu perlu dilakukan kembali oleh pihak pengurusan untuk memperbaiki segala aspek kelemahan supaya Police Tero mampu bangkit.

Meletakkan Johor sebagai pilihan mereka untuk mengharungi kem latihan pusat adalah sesuatu yang sangat bagus kerana diketahui Johor Darul Ta’zim (JDT) merupakan satu-satunya kelab memiliki aspek fasiliti sangat lengkap serta canggih di Malaysia.

Malah, pasukan tersebut juga berpeluang untuk mengharungi aksi persahabatan bersama JDT secara berintensiti tinggi untuk persediaan terbaik sebelum saingan kembali bersambung.

Aksi seterusnya selepas saingan Thai League 1 kembali bersambung menyaksikan Police Tero bakal menghadapi cabaran besar untuk menentang Muangthong United di gelanggang lawan.

Pastinya Tan yang sebelum itu bertindak selaku jurulatih Harimau Malaya memiliki rencana terbaik sepanjang tempoh yang ada untuk kembali memperbaiki segala kelemahan Police Tero sepanjang kem latihan pusat berlangsung.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN