Dari Bangku Simpanan Kepada Hatrik 15 Minit, Penyerang Leverkusen Cipta Kisah ‘Supersub’ Epik

Tidak ramai yang mengenali pemain dari Finland yang bernama Joel Pohjanpalo. Kami pasti anda sendiri mungkin tertanya-tanya siapakah beliau?

Dalam perlawanan Bundesliga di antara Bayer Leverkusen vs Hamburg, pemain berusia 21 tahun ini telah melakukan perkara yang luar biasa di dalam karier mana-mana pemain bola sepak.

Bangku simpanan, gol penyamaan, hatrik dan 3 mata!

Segalanya serba tidak menjadi untuk Bayer Leverkusen dalam perlawanan ini.

Mereka kelihatan tumpul di depan gol. Lebih malang pada minit ke-58, penyerang Hamburg Bobby Wood meletakkan pelawat 1-0 di hadapan.

Pada minit ke-72, Roger Schmidt mengambil keputusan untuk memasukkan penyerang simpanannya, Joel Pohjanpalo.

Walaupun Pohjanpalo sudah berada di Leverkusen (berpindah dari HJK Helsinki) sejak 2013, beliau baru membuat 1 kemunculan sahaja. Selama 3 musim, beliau dipinjamkan oleh 2 kelab divisyen kedua Jerman.

Barangkali mahu membalas kepercayaan pengurusnya dalam penampilan keduanya dalam masa 3 tahun, Pohjanpalo mempamerkan antara aksi yang paling mengkagumkan dalam sejarah bola sepak Jerman.

9 minit selepas dimasukkan, Pohjanpalo menjaringkan gol penyamaan untuk Leverkusen pada minit ke-81 selepas menerima hantaran cantik daripada pemain Olimpik Jerman, Julian Brandt.

Ketika perlawanan nampak berakhir dengan keputusan seri, Pohjanpalo menjaringkan gol kedua Bayer pada masa kecederaan iaitu minit ke-91.

Ketika penyokong Leverkusen di BayArena sudah bersedia meraikan kemenangan 2-1, Pohjanpalo menambah satu lagi gol pada minit ke-94 masa kecederaan.

Ini adalah hatrik pertama beliau di Bundesliga. Tempoh masa yang diambil beliau untuk melengkapkan hatrik adalah 15 minit!

Bagaikan filem

Aksi Pohjanpalo ini bagaikan plot sebuah filem. Filem yang mengisahkan bagaimana seorang penyerang Finland duduk di bangku simpanan sepanjang 71 minit, masuk dan kemudiannya menjadi hero pasukan pada 20 minit terakhir.

Dalam perlawanan menentang Monchengladbach sebelum ini, beliau turut menjaringkan gol penyamaan pada minit ke-79 selepas dimasukkan dari bangku simpanan.

Namun malangnya, Leverkusen tewas selepas Lars Stindl menjaringkan gol kemenangan Monchengladbach pada minit ke-85.

Adakah beliau akan diturunkan dalam kesebelasan utama dalam perlawanan minggu hadapan? Atau terus menjadi supersub?

Baca juga : Bayer Leverkusen Buat Persiapan Awal Untuk Musim Depan, Beli Kevin Volland

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN