Pogrebnyak Berhadapan Penggantungan 10 Perlawanan Kerana Komen ‘Perkauman’ Ke Atas Pemain Naturalisasi

Peribahasa selalu berkata, ‘terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya.’ Peribahasa ini boleh ditujukan kepada seorang penyerang Rusia, Pavel Pogrebnyak.

Pogrebnyak pernah bermain di Fulham dan Reading dalam saingan liga Inggeris. Kini beliau beraksi untuk Ufa yang bertanding dalam Liga Perdana Rusia.

Komen lancang

Beliau telah mengeluarkan satu komen mengenai isu pemain naturalisasi yang mula diamalkan dalam skuad bola sepak Rusia. Komen beliau berbunyi; “Amat menjelikkan baginya jika pemain berkulit hitam bermain untuk pasukan bola sepak Rusia.”

Beliau sendiri mengakui bahawa beliau menentang naturalisasi yang mula diamalkan dan tidak memahami apakah tujuan ia dilakukan. Temuramah ini disiarkan dalam sebuah akhbar di Rusia.

Siapa dimaksudkan?

Mario Fernandes, pemain CSKA Moscow yang menerima kerakyatan Rusia. Gambar Sumber: TSN.

Pogrebnyak telah memetik dua orang pemain bernama Mario Fernandes dan Ariclenes da Silva Ferreira yang berasal dari Brazil. Mereka telah didakwa menerima kerakyatan Rusia.

Tambah Pogrebnyak lagi, terdapat pemain lain yang sesuai untuk menjadi pemain Rusia di posisi yang dimainkan oleh Mario Fernandes. Contohnya seperti Igor Smolnikov yang menjadi pemain pertahanan kanan.

Penggantungan

Pegawai Russian Football Union (RFU) telah diberitakan mengetahui komen ini. Malah, pegawai tersebut telah memberi amaran kepada Pogrebnyak akan digantung 10 perlawanan.

RFU juga berkemungkinan akan mendenda Pogrebnyak.

RFU dilihat gigih untuk membasmi sebarang diskriminasi dalam sukan bola sepak di Rusia. Mereka menyertai kempen #Equalgame yang mendapat sokongan beberapa pemain bola sepak terkenal.

Dalam kenyataan balas, Pogrebnyak menjelaskan beliau tidak ada masalah dengan pemain yang bukan berkulit putih.

Nampaknya payah benar Rusia untuk membuang gejala rasis atau diskriminasi. Termasuklah bola sepak.

Agaknya apa hukuman paling tegas untuk perkara sebegini bagi anda? Tinggalkan di ruangan komen.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN