Pemain tengah Manchester United, Paul Pogba memberitahu TyC Sports yang beliau mengidam untuk beraksi satu pasukan dengan Neymar suatu hari nanti.
Dalam satu temu ramah dengan La Liga pada 2 tahun lalu, Neymar juga pernah memuji Paul Pogba dan menyatakan hasrat yang sama. Ia menjadi detik di mana Pogba semakin kuat dikaitkan dengan Barcelona ketika itu.
Pogba berkata kepada TyC Sports:
“Saya ingat lagi apa yang dia (Neymar) katakan. Jujur saya katakan yang saya pun sukakan dia. Dia adalah definisi sebenar keseronokan di dalam padang.”
“Saya tahu di Brazil, bola sepak adalah segalanya. Ianya kehidupan. Semua orang Brazil main bola sepak.”
“Apabila saya menyaksikan aksi beliau di dalam padang bermain dengan seronok, dengan teknik, kelincahan, membuatkan saya suka untuk menyaksikan beliau.”
Pogba yakin yang Neymar tidak ada pendua. Beliau seorang pemain yang unik. Neymar adalah Neymar.
Namun Pogba mengakui label Neymar yang ada di setiap dunia menunjukkan pemain ini istimewa. Misalnya, Neymar Malaysia, Neymar Jepun dan banyak lagi.
“Beliau ada gaya berbeza, ada gaya tersendiri. Apabila anda kata anda melihat ada Neymar ada di mana sahaja di dunia, anda dah tahu yang dia pemain hebat.”
“Bagi saya, jika ada kesempatan kami bermain bersama suatu hari nanti, ianya satu kepuasan.”
Rasanya Mark Zuckerberg pastinya menantikan perkara ini menjadi realiti kerana ia dapat meningkatkan lagi kekuatan instagram.