Pemain tengah, Paul Pogba mendedahkan kediamannya telah dipecah masuk ketika dua anaknya sedang tidur dan dirinya sedang beraksi bersama Manchester United dalam perlawanan Champions League pada Selasa.
Pemenang Piala Dunia bersama Perancis itu berkongsi perkhabaran tersebut di media sosial pada awal pagi tadi, dan menyifatkan kejadian tersebut sebagai mimpi ngeri yang menjadi kenyataan bagi dirinya dan isterinya, Zulay – kerana risaukan keselamatan yang seolah-olah diambil daripada mereka akibat insiden tersebut.
Untuk itu, pemain berusia 29 tahun itu sanggup menawarkan ganjaran kepada mereka yang mempunyai maklumat mengenai insiden pecah rumah di kediamannya itu. Perkara tersebut dikongsi Pogba melalui media sosial.
— Paul Pogba (@paulpogba) March 16, 2022
“Pada malam tadi mimpi paling ngeri keluarga kami telah menjadi kenyataan apabila kediaman kami dipecah masuk dan dirompak pada ketika dua anak kami sedang tidur di bilik tidur.
“Perompak tersebut berada di dalam rumah kami selama lima minit, dan pada masa yang sama mereka mengambil perkara paling berharga daripada kediaman kami…. iaitu keselamatan dan jaminan rasa selamat.
“Kejadian berlaku pada minit akhir perlawanan pada malam tadi dan mereka [perompak] tahu kami tidak berada di rumah pada ketika itu. Saya dan isteri bergegas balik ke rumah tidak mengetahui sama ada anak kami selamat atau telah dicederakan.
“Sebagai seorang ayah tidak ada perasaan yang lebih buruk daripada ketidakupayaan melindungi anak anda dan saya berharap tidak ada pihak lain mengalami apa yang telah saya lalui pada malam tadi.
“Atas sebab tersebut, saya mahu menawarkan ganjaran kepada mereka yang mempunyai maklumat untuk membantu kami. Salurkan maklumat yang anda miliki ke [email protected]”
— Paul Pogba (@paulpogba) March 16, 2022
Dalam perlawanan yang menyaksikan Manchester United tewas 0-1 kepada Atletico Madrid, Pogba melakukan penampilan daripada bangku pemain simpanan, dan kejadian dipercayai berlaku ketika perlawanan memasuki babak akhir perlawanan.
Pogba mengahwini Zulay, seorang model dari Bolivia pada 2019, selepas pertemuan kedua-duanya beberapa tahun lalu ketika latihan pra musim.
Kini dilaporkan pihak kelab turut mengambil langkah pro aktif dengan pemain untuk meningkatkan tahap keselamatan di kediaman pemain ketika hari perlawanan.
Ini bukan kejadian rompakan pertama membabitkan kediaman pemain Manchester United pada hari perlawanan. Beberapa bulan lalu, rakan sepasukan, Victor Lindelif turut menjadi mangsa jenayah yang sama.
Ikuti kami di TikTok!
Semuanya BOLA akhirnya telah tiba di TikTok! Ikuti akaun TikTok kami untuk dapatkan info ringkas dan santai mengenai bola sepak dalam bentuk video pendek sekarang.
Jom buat ramai di sana dengan ikuti di tiktok.com/@mysemuanyabola sekarang!