Tragedi Serangan Manchester atau Manchester Attack masih lagi memberikan kesan kepada mereka yang terlibat atau ada kena mengena mengenainya.
Salah seorangnya adalah Paul Pogba. Beliau mungkin tidak punya ahli keluarga atau kenalan rapat yang ke konsert penyanyi Ariana Grande yang merupakan lokasi letupan berlaku, tetapi beliau merupakan pemain kelab bola sepak di Manchester iaitu Manchester United.
Sebagai pemain Manchester United, tragedi itu nyata memberikan impak besar kepada kelab tersebut.
Hal ini kerana ianya berlaku ketika 2 hari sebelum perlawanan akhir Europa League antara mereka dengan Ajax Amsterdam.
Namun bagi Pogba, apa pun yang terjadi janganlah kita mengalah dan teruskan berjuang.
“Ia adalah waktu yang sukar untuk kita semua, tetapi kita jangan cepat mengalah.”
“Kita tak boleh biarkan perkara yang menyedihkan kita memasuki dalam minda kita, kita mesti lawan!”
“Benar perkara sedih berlaku dalam kehidupan, tapi itu tak bermakna kita perlu berhenti untuk hidup.”
Pogba juga sempat mengeji perbuatan pembunuhan orang yang dilakukan ketika Manchester Attack itu.
Baginya, itu merupakan perbuatan yang gila.
“Kita tak boleh bunuh orang. Itu kerja gila!”
“Ia merupakan perkara yang gila dan saya tak nak libatkan agama dalam hal ini. Itu bukannya cara Islam dan semua orang tahu akan perkara itu.”
Ingat ya, keganasan tidak mengenal agama dan bangsa.
Sumber:
- Manchester Evening News (2017): Paul Pogba speaks movingly about being a Muslim living in Manchester after Arena terror attack; http://www.manchestereveningnews.co.uk/sport/football/football-news/manchester-arena-news-paul-pogba-13258851