Pogba Mengaku Tertekan Hidupkan Jangkaan ‘Tak Masuk Akal’ Di Man United

Paul Pogba menjadi pemain termahal dunia apabila melengkapkan perpindahan ke Manchester United dari Juventus pada musim panas yang lalu.

Beliau kembali ke Old Trafford semula selepas membawa diri ke Juventus apabila dilepaskan secara percuma oleh kelab England itu tidak lama dahulu.

Namun akibat daripada nilai perpindahan yang terlalu tinggi, beliau mengaku alami tekanan dalam menghidupkan jangkaan yang diberikan kepadanya.

Saya bukan penyerang

Pogba nyata kecewa selepas melihat dirinya sering dinilai dengan perspektif yang tidak betul ketika di Manchester United.

“Semua orang perhatikan saya dan mereka hukum saya apabila saya gagal jaringkan gol.”

“Tapi bila saya jaringkan gol, mereka akan diam pula.”

Bagi Pogba, nilai perpindahan yang diberikan kepada beliau tidak perlu diperkatakan sepanjang masa.

“Nilai perpindahan yang saya terima itu adalah perkara yang telah lalu.”

“Perpindahan itu adalah satu perkara yang lain, prestasi di padang adalah perkara yang lain.”

Pogba bagaimana pun menegaskan sekali lagi tugasnya dalam skuad Manchester United.

Beliau merupakan seorang pemain yang lebih melakukan kerja-kerja bertahan berbanding menyerang.

“Saya lakukan kerja saya. Saya merupakan pemain tengah tapi orang selalu ingat saya ni penyerang.”

“Apabila saya lakukan bantuan gol tetapi rakan sepasukan saya tidak jaringkan gol. Mereka tak pula kutuk kerja saya.”

Namun begitu, beliau tetap memandang kritikan itu sebagai satu sudut pandang yang positif.

“Saya gembira lihat mereka nak saya jaringkan gol. Hal ini kerana mereka nak saya buktikan nilai perpindahan saya itu.”

Baca juga: Rasmi! Drogba Menjadi Pemilik Bersama Merangkap Pemain Untuk Phoenix Rising

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN