Pogba Mahu Tinggalkan Manchester United Dan Sertai Barcelona

Bintang tengah Perancis, Paul Pogba menyimpan hasrat mahu meninggalkan kelab gergasi England, Manchester United (MU) untuk ke Sepanyol menyertai Barcelona walaupun hubungannya bersama pengurus MU, Jose Mourinho sudah dipulihkan.

United menegaskan pemain yang melakar rekod perpindahan kelab sebanyak £89 juta (RM464 juta) itu tidak akan dijual, tetapi Pogba dikatakan sudah bertekad untuk berhijrah ke Sepanyol.

Mourinho dilihat cuba untuk menenangkan pemain tengahnya itu dengan memberi tugas selaku kapten untuk perlawanan pertama bertemu Leicester City. Bagaimanapun, hubungan mereka berdua dilihat masih tegang selepas Pogba berkata, dia tidak dapat membincangkan lebih lanjut mengenai perkara itu tanpa dapat mengelak dariapda dikenakan hukuman.

Menurut laporan daripada Daily Mail, keinginan Pogba untuk bermain bersama Barcelona adalah faktor utama dia mahu meninggalkan United dengan hubungan tegangnya bersama Mourinho kini menjadi isu kedua.

Dikatakan bintang Perancis itu yang tidak menuntut gaji tinggi, berminat untuk ke Sepanyol ketika dia meninggalkan Juventus dua tahun lalu.

Bagaimanapun, ejennya, Mino Raiola gagal untuk mencapai persetujuan dengan Barcelona atau Real Madrid sebelum United menawarkan rekod perpindahan dunia.

Pemain yang berusia 25 tahun itu sudah memberitahu Naib Presiden di Old Trafford, Ed Woodward serta rakan sepasukan bahawa dia mahu ke Barcelona.

Raiola bersetuju dengan tawaran Barcelona bernilai £89.5 juta (RM466 juta) selama lima tahun tetapi United menolak tawaran itu.

Mourinho dikatakan bengang dan terkejut dengan komen Pogba selepas United mencatat kemenangan 2-1 ke atas Leicester.

Ditanya mengenai situasinya, Pogba berkata: “Ada perkara yang tidak boleh saya dedahkan. Jika tidak saya akan dikenakan hukuman.

“Anda perlu tahu satu perkara. Pemain yang sentiasa menjadi pilihan dan gembira akan sentiasa berasa selesa berbanding sebaliknya. Itu saya yang boleh saya katakan.”

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN