Manchester United menang 4-1 dalam perlawanan menentang Newcastle United pada malam tadi dengan tumpuan peminat bola sepak di seluruh dunia tertumpu kepada debut kedua Cristiano Ronaldo, selepas 18 tahun melakukan penampilan pertamanya di Old Trafford.
Ronaldo berjaya membuktikan kualiti dirinya sebagai salah seorang pemain terbaik dunia, menjaringkan dua gol dalam perlawanan ini.
Tidak ketinggalan mencipta nama di Old Trafford pada malam tadi ialah rakan senegara, Bruno Fernandes yang menghasilkan gol cantik dari luar kotak penalti, sebelum kemenangan bergaya itu dilengkapkan oleh Jesse Lingard dengan sentuhan bijak menjadikan kedudukan akhir 4-1.
Pogba cipta rekod
Manchester United mungkin memperolehi tiga mata yang mereka kehendaki dari perlawanan tersebut. Namun ia tidak mungkin dapat dilakukan dengan jaringan selesa jika tidak kerana Paul Pogba.
Walaupun gagal mencetak nama selaku penjaring, Pogba yang bergandingan dengan Nemanja Matic di bahagian tengah menghasilkan dua assist dalam perlawaan ini – untuk gol Fernandes dan Lingard.
10 – Paul Pogba is the only player to have recorded as many as 10 assists in the Premier League in 2021, while his seven assists in Man Utd's opening four games is the most any player has registered in the first four matches of a Premier League season. Creator. pic.twitter.com/J1L9ZK1nrM
— OptaJoe (@OptaJoe) September 11, 2021
Ia adalah assist ke-10 oleh Pogba sepanjang tahun 2021, dan ke7 yang dilakukannya pada musim ini.
Menurut rekod Opta, jumlah assist yang dilakukan oleh Pogba pada musim ini adalah yang terbanyak pernah dihasilkan di Premier League selepas empat perlawanan.
Rai kemenangan hadiri konsert
Beberapa jam selepas mencipta rekod dan membantu Manchester United menewaskan Newcastle United, Pogba dilihat berada di atas pentas konsert Burna Boy untuk meraikan kemenangan tersebut.
Konsert tersebut diadakan di sebelah barat bandar Manchester di Heaton Park di mana festival Parklife sedang berlangsung dengan rancak selama sehari.
The bromance between paul pogba & burna boy >>>
We love to see it 😍pic.twitter.com/6m4g1ZLILM
— T.U.E (@TheUpperEnt) September 11, 2021
Burna Boy adalah pemenang anugerah Grammy dari Nigeria yang terkenal dengan muzik Afrobeat. Ia tidak menghairanan untuk melihat Pogba menghadirkan diri ke konsert Burna Boy di Heaton Park itu.
Ini kerana sebelum ini penyanyi antarabangsa tersebut turut menghadiri perlawanan dan menyaksikan Manchester United menewaskan Newcastle di Old Trafford.
Great to see some of the players enjoying @Parklifefest after the game today.
Pogba taking to the main stage with Burna Boy though, was something I never thought I’d see. pic.twitter.com/1iahs51Ouj
— Sacha Lord (@Sacha_Lord) September 11, 2021
Penyanyi berusia 30 tahun itu sempat memuat naik satu gambar di media sosial menggunakan jersi Manchester United dengan No.23 dan menulis mesej: “Menyaksikan saudara ku membunuh [perlawanan]! @paulpogba.”
Burna Boy nyata tidak sempat menukar persalinannya dan hanya menggayakan jersi Manchester United ketika melakukan persembahan di atas pentas yang disertai oleh Pogba.
Pogba selesa di Old Trafford?
Seperti Ronaldo, Pogba turut kembali menyertai Manchester United pada 2016, selepas meninggalkan kelab tersebut untuk menyertai Juventus pada 2012.
Selepas beberapa musim, masa depan pemain antarabangsa Perancis itu untuk kekal di Old Trafford mulai menjadi tanda tanya. Jendela musim panas yang lalu menyaksikan Pogba dikaitkan dengan perpindahan kembali ke Juventus dan PSG.
Namun selepas ketibaan Ronaldo, dan peningkatan luar biasa ditampilkan Manchester United pada musim lalu sehingga berjaya menamatkan saingan Liga Perdana Inggeris di kedudukan kedua, mungkin akan mengubah arah pemain itu pada musim ini.
🗣 Big three points today! 🔴🔥 #MUFC pic.twitter.com/sSSZ46DhAe
— Paul Pogba (@paulpogba) September 11, 2021
Pemenang Piala Dunia 2018 itu memulakan saingan musim ini dengan cemerlang, menghasilkan tujuh assist selepas empat perlawanan setelah hanya mampu melakukan tiga assist pada keseluruhan musim lalu.
Suasana baharu di bilik persalinan pasti membuatkan pengurus pasukan, Ole Gunnar Solskjaer berharap Pogba membulatkan tekadnya untuk terus kekal di Old Trafford melewati musim panas ini.
Kontrak pemain itu hanya berbaki semusim sahaja lagi, dan Pogba bebas menyertai mana-mana kelab pada musim panas akan datang sekiranya tidak menandatangani kontrak baharu dalam tempoh 9 bulan berikutnya.
Buat masa ini segala-galanya tampak berada di mana semua pihak mahukan. Pogba menari di atas pentas di dalam konsert, manakala Manchester United berada di kedudukan teratas liga dengan kelebihan jaringan mengatasi Chelsea.