Pogba Enggan Layan Spekulasi Perpindahannya Ke Barcelona

Pogba

Tak tahan dengan pelbagai spekulasi mengenai perpindahannya ke Barcelona, pemain tengah Manchester United, Paul Pogba berkata, dia sudah ‘penat’ dan meminta peminat berhenti membuat khabar angin yang mengaitkannya keluar dari Old Trafford.

Terdahulu, Pogba menjadi sasaran Barcelona pada musim panas ini dan sebelumnya dia pernah berkata tidak tahu masa depan­nya bersama United selepas pulang membantu Perancis memenangi Piala Dunia 2018, Ogos lalu.

Bagaimanapun, Pogba mene­gaskan dia akan terus kekal bersama The Red Devils biarpun ada laporan mendedahkan bekas pemain Juventus itu memiliki hubungan dingin dengan pengurusnya, Jose Mourinho.

“Ia (spekulasi perpindahan) bukan saya yang bercakap.

“Saya hanya cuba bekerja untuk diri saya sendiri. Saya pulang agak lewat (menyertai Uni­ted) dari Piala Dunia.

“Jadi, saya sedang berusaha mempersembahkan prestasi sebaik mungkin. Seperti saya katakan tadi, saya hanya melakukan tugas saya dan seperti biasa, spekulasi itu tetap ada,” katanya.

Pemain yang berusia 25 tahun itu menjadi sasaran media Eropah sejak berhijrah kembali ke United dari Juventus pada 2016 tetapi persembahannya dikritik hebat apabila gagal me­ngulangi sentuhan terbaik ketika bersama The Red Devils.

Bintang Barcelona, Luis Suarez turut mengalu-alukan kehadiran pemain itu ke Barcelona untuk menguatkan lagi barisan tengah mereka.

Kata Suarez, jika Pogba hadir ke Barcelona maka pemain itu berpotensi untuk mendapatkan lebih banyak kejuaraan. Hal ini kerana menurut pemain Uruguay itu, Pogba telah memenangi segala yang beliau mampu dalam bola sepak.

“Paul Pogba merupakan pemain yang cukup elit. Beliau telah menang semua dalam sukan bola sepak.”

“Beliau mempunyai kualiti yang cukup baik dan merupakan pemain utama buat Manchester United.”

“Saya rasakan beliau mahu mencabar lebih banyak kejuaraan berbanding dengan apa yang beliau ada sekarang ini.”

“Beliau mungkin bukanlah seorang pemain Barcelona sekarang, tetapi kehadirannya di sini amat dialu-alukan.” kata Suarez.

Suarez menjadi pemain Barcelona kedua selepas Gerard Pique yang secara terbuka mahukan Pogba menyertai mereka di Nou Camp.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN