Pogba Enggan Bercakap Kepada Wartawan Selepas Bantu Man Utd Tewaskan Perth Glory

Pemain termahal di dalam sejarah Manchester United, Paul Pogba berkata beliau “tidak perlu cakap” selepas membantu skuad kendalian Ole Gunnar Solskjaer memulakan perlawanan pra musim dengan kemenangan 2-0 ke atas Perth Glory.

Dua gol pada babak kedua perlawanan melalui Marcus Tashford dan James Garner memberikan kemenangan penting untuk membina keyakinan buat United di Stadium Optus, Australia.

Pogba yang beraksi dengan baik menghasilkan bantuan gol untuk Rashford. Ini adalah perlawanan pertama Pogba untuk United sejak berkata berminat untuk berhijrah untuk projek baharu – nada sama yang turut dimainkan oleh ejen beliau, Mino Raiola selepas itu.

Pogba enggan bercakap kepada wartawan selepas tamat perlawanan, dan berkata beliau tidak perlu berbuat demikian.

Real Madrid dan Juventus adalah dua kelab yang dikatakan berminat untuk mendapatkan pemain berusia 26 tahun itu. Namun sehingga kini, belum ada bidaan dari mana-mana pasukan untuk pemain tersebut.

Manchester United sebelum ini meletakkan tanda harga bernilai £180 juta untuk mana-mana kelab yang mahukan pemain itu.

Dalam perlawanan menentang Perth Glory, Pogba dilihat sekali lagi disisihkan daripada dipilih menjadi kapten, dan peranan tersebut diberikan kepada Juan Mata pada babak kedua selepas Ashley Young dikeluarkan.

Perkara itu bercanggah dengan kenyataan Solskjaer yang berkata Pogba turut akan memainkan peranan sebagai kapten pada musim yang bakal bermula.

“Saya tidak perlu menjelaskan apa-apa sekarang. Kita akan berbincang mengenai perkara ini kemudian,” ujar Solskjaer mengulas peranan Pogba sebagai kapten pasukan.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN