Bintang Manchester United, Paul Pogba semakin hampir meninggalkan Old Trafford selepas ejennya, Mino Raiola ‘membatalkan’ pertemuan dengan kelab terbabit berhubung tawaran kontrak baru untuk pemain tengah itu.
Pemain Perancis itu sentiasa bercerita mengenai impian dan hasrat beraksi dalam La Liga bersama Real Madrid. Keputusan yang dibuat oleh ejen terbabit adalah untuk memastikan hasrat Pogba keluar daripada United pada musim panas ini terjamin.
https://twitter.com/utdxtra/status/1121537707702923264
Malah, bulan lepas portal berita dari luar negara, The Times melaporkan Paul Pogba antara 7 pemain yang bakal meninggalkan Manchester United pada musim panas ini jika pasukan itu gagal melayakkan diri ke pentas Liga Juara-Juara Eropah (UCL) musim depan.
Real Madrid 'confident' of signing Pogba AND Hazard in £200m transfer spree https://t.co/DiugUHNSSd
— The Sun Football ⚽ (@TheSunFootball) April 26, 2019
Pemain tengah berharga £89 juta (RM476j) itu memiliki personaliti disenangi di luar padang tetapi sentiasa bergelut membuktikan potensinya pada perlawanan besar terutamanya selepas mempamer aksi lesu ketika United tewas 2-0 di tempat sendiri kepada Manchester City dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL), kelmarin.
Pogba masih mempunyai kontrak selama dua tahun lagi bersama United dan kelab EPL itu merasakan mereka tidak berdepan tekanan menjualnya untuk mendapatkan pulangan.
Real Madrid confident of signing Paul Pogba & Eden Hazard this summer. Pogba has been criticised for his performances during Manchester United's recent run of poor form and is set to leave if they fail to qualify for the Champions League
— Kaveh Solhekol (@SkyKaveh) April 26, 2019
Namun, bekas bintang Manchester United, Paul Scholes menggesa Ole Gunnar Solskjaer supaya bertindak bijak dalam menangani isu penghijrahan Paul Pogba ke Real Madrid.
https://twitter.com/Realmadridplace/status/1115206249363247104
Solskjaer pasti sedang ‘pening’ memikirkan persiapan pasukan musim hadapan apabila beberapa pemain utamanya kini menjadi sasaran pembelian oleh kelab-kelab lain.
Hal ini berkait dengan kontrak Juan Mata, Ander Herrera, Antonio Valencia, dan Matteo Darmian yang bakal berakhir pada Jun 2019 ini.
Scholes bagaimanapun enggan mengulas mengenai pemain lain. Baginya, apa yang paling penting untuk pasukan Manchester United pada musim hadapan adalah mengekalkan Paul Pogba bersama pasukan.
🤝 – Teammates at @RealMadrid next season?
The Spanish club are confident of signing the @premierleague duo…👀
— Sky Sports Premier League (@SkySportsPL) April 26, 2019
Beliau sebagai berkata, “Saya kira terdapat beberapa contoh di tahun-tahun yang lalu, ketika pasukan ini kehilangan pemain.Tidak kisah seberapa besarnya nama pemain itu, seperti David Beckham, Roy Keane, Cristiano Ronaldo, itu tidak penting, tidak terlalu penting.”
https://twitter.com/Realmadridplace/status/1120954990347026432
“Namun pada ketika ini, jika United kehilangan Pogba [bakal menjadi masalah]. Dia memang pernah dikritik kerana tidak konsisten, kami tahu itu. Tetapi dia masih berjaya mencetak 15 gol semusim.”
“Jika United menjual Pogba sekarang, mereka seperti menjual pemain terbaiknya,” kata Scholes.