Paul Pogba menyatakan yang beliau dan rakan-rakannya terkejut dan tak percaya dengan apa yang berlaku.
Ini kerana menurut beliau, Manchester United tidak sepatutnya kalah dalam perlawanan menentang Spurs dalam perlawanan yang berlangsung di Old Trafford.
Selepas pra-musim yang penuh dengan kerumitan, United tewas 2 perlawanan dalam 3 perlawanan pertama buat kali pertama sejak 1992/93.
Namun pada musim 1992/93, Alex Ferguson membantu skuad ini menjuarai EPL. Adakah Mourinho akan dapat mengulangi pencapaian itu?
Pogba berkata kepada media:
“Ianya pelik. Menentang Tottenham, kami bersungguh-sungguh, bermula dengan sangat baik dan akhirnya tewas 3-0. Itu perkara mengejutkan.”
“Kami sendiri tak faham apa sebenarnya berlaku. Kami bermula sangan baik. Namun melepaskan 2 gol pada awal separuh masa kedua.”
“Gol pertama itu memang menyentak kami. Kami tak faham kenapa ianya boleh berlaku kerana kami menguasai perlawanan.”
“1 gol, 2 gol, kami terus berusaha, kami memiliki beberapa peluang. Dan akhirnya kami bolos gol ke-3.”
“Penyokong terus menaikkan semangat kami, mereka benar-benar di belakang kami. Kami rasa sedih untuk mereka, sangat mengecewakan. Kami mahu melakukan yang lebih baik.”
“Pada pandangan saya, ini adalah kekalahan yang tidak patut untuk kami selepas segala usaha yang kami curahkan dalam padang.”
“Namun dalam bola sepak ianya kadangkala kejam. Jadi, kami perlu bangkit selepas ini.”
Walaupun sudah tewas 2 kali, Pogba kekal tenang dan optimis dengan cabaran kejuaraan liga selepas menamatkan kempne musim lalu di tangga ke-2.
Beliau menyatakan, permulaan yang buruk lebih baik daripada pengakhiran yang buruk.
“Ianya tak akan mudah, namun ia masih awal, musim baru sahaja bermula.”
“Saya lebih suka bermula dengan buruk dan berakhir dengan baik, daripada bermula baik tetapi berakhir dengan buruk.”