Podoski Failkan Saman Ke Atas Akhbar ‘Teori Konspirasi’ Breitbart!

Legenda Jerman, Lukas Podolski dalam proses memfailkan saman ke atas Breitbart yang menggunakan gambar beliau dalam berita pemerdagangan manusia.

Sejurus selepas mendengar kenyataan Podolski, Breitbart London telah mengeluarkan kenyataan meminta maaf. Breitbart menyatakan bahawa mereka tersilap meletakkan gambar untuk berita tersebut.

Gambar Lukas Podolski sedang menaiki jet-ski telah digunakan oleh Breitbart dalam artikel panas mereka.

Realitinya, gambar tersebut adalah gambar ketika Podolski sedang meluangkan masa bersantai ketika di Brazil pada Piala Dunia 2015.

Artikel yang bertajuk “Spanish Police Crack Gang Moving Migrants on Jet-Skis” telah membincangkan beberapa isu kumpulan penyeludup manusia di Sepanyol yang menjual pelarian dengan harga $5,900.

Pada Ahad lalu, Breitbart telah menukar gambar pada artikel tersebut dengan gambar yang betul.

Dalam kenyataan maaf mereka, editor Breibart London berkata:

“Breitbart London memohon maaf kepada Encik Podolski. Tidak ada bukti yang mengaitkan Encik Podolski dengan sebarang kegiatan pemerdagangan manusia ataupun menjadi mangsa pemerdagangan manusia.”

“Kami tersilap letak kerana imej Podolski tersebut di bawah tajuk jet-ski. Kami mengharapkan Encik Podolski menikmati persaraan antarabangsa beliau.”

Kenyataan maaf itu masih belum mengubah keputusan Podolski untuk menfailkan saman. Peguam beliau Simon Bergmann menyatakan anak guaman beliau tetap mahu menyaman Breitbart.

“Tujuan kami mengambil tindakan saman ini kerana kami mahu memberikan pengajaran kepada mereka untuk tidak salah guna ke atas hak imej Podolski.”

Breitbart memang sudah lama menjadi kecaman ramai pihak kerana pendirian mereka yang suka mencipta sensasi yang tidak bertempat.

Breitbart ditubuhkan pada 2007. Mereka suka menulis tentang teori konspirasi dan juga artikel sensasi menggunakan nama seperti Islam dan juga pelarian. Banyak artikel mereka adalah berasaskan teori penulis yang berat sebelah.

Sumber

1. Independent – http://www.independent.co.uk/sport/football/international/breitbart-lukas-podolski-picture-migrant-jet-ski-donald-trump-steve-bannon-a7903531.html

2. DW – http://www.dw.com/en/german-footballer-lukas-podolski-threatens-to-sue-breitbart-over-human-trafficker-photo/a-40166432

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN