Susulan kegagalan penyerang Tottenham Hotspur yang juga penyerang skuad kebangsaan England, Harry Kane menembusi gawang Manchester United yang dikemudi dengan baik oleh Smalling ketika aksi separuh akhir Piala FA, Ahad lalu, laman twitter FA England bertindak mengulas mengenai aksi Harry Kane.
Pengurus Tottenham, Mauricio Pochettino mengecam tindakan FA England itu yang mengejek persembahan Harry Kane menerusi akaun Twitter badan induk itu sebagai memalukan.
Mesej itu mengandungi pertanyaan terhadap pertahanan United dan England, Chris Smalling “Apa yang terdapat dalam poket awak?” dan dibalas dengan video klip pendek: “Harry Kane”.
Pochettino on the FA's Harry Kane tweet gaff: "It was embarrassing. It was a shame. Harry was very sad. We are helping him to move on."
England fans are expecting this man to win the World Cup for them.
Good Luck!🙂
— BlameFootball (@blamefootball) April 27, 2018
Biarpun Tweet itu sudah dipadam selain FA England sudah mengemukakan permohanan maaf, namun Pochettino percaya suasana negatif yang mengelilingi Kane itu mampu menjejaskan prestasi peledak itu menjelang Piala Dunia Russia 2018, Jun ini.
“Untuk saya ia amat memalukan,” katanya.
“Ia memalukan kerana FA adalah badan induk bola sepak Inggeris dan sukar untuk memahami mengapa mereka sanggup ‘mempersendakan’ pemain seperti Harry Kane yang mungkin menjadi kapten England di Piala Dunia.
“Memang mereka memohon maaf. Tetapi situasi ini tetap mengecewakan kerana mereka membenarkan ia berlaku.
“Sepatutnya kita perlu melindungi aset, pemain England dan juga pemain muda kita sendiri.” katanya.
Malah, Kane sekali lagi menjadi bahan jenaka dalam majlis anugerah Persatuan Penulis Bolasepak Profesional, petang semalam.
“Harry Kane is so prolific that he is able to score without touching the ball!” Ben Purkiss #pfa chair. #PFAAwards
— Henry Winter (@henrywinter) April 22, 2018
Ini selepas pengerusinya, Ben Purkiss, berkata:
“Harry Kane amat prolifik kerana boleh menjaringkan gol tanpa menyentuh bola”, ia merujuk kepada jaringan ketika Spurs menewaskan Stoke City 2-1 pada 7 April lalu yang dihadiahkan kepadanya biarpun pada awalnya menjadi milik Christian Eriksen.
Kane kini sudah menjaringkan 37 gol dalam 44 perlawanan bersama Spurs membabitkan semua pertandingan.