Quantcast

BERITA

Pochettino: Saya Akan Letak Jawatan Jika Spurs Juara UCL

Pengurus Spurs – Mauricio Pochettino memberikan bayangan bahawa beliau akan mempertimbangkan untuk meletak jawatan jika Tottenham berjaya menjuarai UCL musim ini.

Tottenham dalam usaha untuk bangkit daripada kekalahan 0-1 dalam perlawanan perlawanan pertama di tangan Ajax.

Pochettino berkata: “Menjuarai UCL akan menjadi perkara yang sangat hebat – bolehlah saya menutup buku 5 tahun saya di sini dan pulang ke rumah.”

Wartawan bertanya sama ada beliau sedang bergurau? Pochettino menjelaskan: “Itu bukan satu gurauan, kenapa saya perlu bergurau?”

“Jika saya menang UCL dengan Tottenham pada kali ini, musim ini, mungkin saya harus memikirkan perkara lain yang saya akan lakukan padamasa akan datang. Itu sudah pasti.”

“Hal ini kerana, untuk mengulangi keajaiban…. kamu tahu? [bukannya sesuatu yang mudah].”

Pochettino kemudian menyatakan kekecewaan beliau di atas kekalahan dalam perlawanan pertama – yang menurut beliau, berlaku kerapa mereka memulakan perlawanan dengan teruk sekali.

“Pada perlawanan pertama, kami memulakan perlawanan dengan teruk,” tambah beliau.

“Namun esok kami akan bermain dengan lebih bebas [daripada tekanan], kerana kami tidak perlu takut hilang apa-apa.”

Pochettino yakin para pemain beliau sudah melupakan kekalahan di tangan Bournemouth.

Berkenaan dengan Jan Vertonghen, beliau menyatakan pemain itu dalam kondisi terbaik buat masa ini dan dijangka akan turun beraksi berhadapan dengan kelab lamanya.

Spurs akan turun menentang Ajax pada awal pagi esok waktu Malaysia. Mampukah skuad Mauricio Pochettino melakukan kebangkitan?