Pochettino Puji Pemain £75 Juta Liverpool, Dan Anggap Spurs Kini Berada Di Dunia Realiti

Pengurus Spurs, Mauricio Pochettino tidak mahu menyembunyikan kekaguman beliau kepada Virgil Van Dijk yang membantu Liverpool mengelak daripada keciciran mata di Anfield.

Aksi bertahan Van Dijk ketika berhadapan 2 v 1 – dengan serangan oleh Sissoko dan Son Heung Min dianggap aksi bertahan kelas dunia.

Ianya memerlukan pemain membuat keputusan yang tepat dan bertindak dengan sebaik mungkin. Van Dijk berlari di zon tengah untuk menutup ‘passing’ lane di antara Sissoko dan Son Heung Min. Van Dijk melengahkan Sissoko dalam usaha rakan beliau yang lain turun ke bawah.

Pochettino kagum dengan badan Van Dijk yang besar beliau masih boleh menjana kepantasan yang diperlukan untuk menekan Sissoko secara ruang (space marking).

Van Dijk kemudian secara tak langsung membuatkan Sissoko terlalu memikirkan untuk hantar kepada Son Heung Min, dan tiba-tiba beliau tersedar ruang untuk beliau melakukan percubaan gol kian sempit kerana Alisson mulai naik sedikit.

Selepas aksi Van Dijk itu, Liverpool mendapat gol kedua, dengan kesilapan individu berganda oleh Lloris dan Alderweireld – berkombinasi memberikan gol sendiri kepada pasukan lawan.

Opta sendiri mengesahkan Sissoko bahkan gagal melakukan sebarang ancaman ‘besar’ kerana aksi bertahan tersebut.

Van Dijk berkata: “Saya nampak Sissoko dan dia merupakan pemain kaki kanan, dan jika itu bola itu sampai kepada Son, beliau akan menyempurnakannya. Jadi saya cuba mendesak Sissoko agar beliau terpaksa melakukan percubaan dengan kaki kiri.”

Liverpool menang 2-1. Jika Van Dijk tidak melakukan aksi bertahan yang baik dalam situasi 2 vs 1 tadi, pastinya keputusan lain akan berlaku. Liverpool mungkin akan kalah perlawanan ini, dan tiada ruang untuk melakukan kebangkitan.

Pochettino berkata: “Itulah sebab kenapa Liverpool bayar lebih £70 juta untuk Van Dijk.”

https://twitter.com/VintageSalah/status/1112642905850683393

Pochettino seakan-akan melepaskan geram di atas kekangan dana berlaku di Spurs sehinggakan beliau tidak membeli sebarang pemain musim ini walaupun pembelian yang boleh dikatakan dengan harga yang murah.

“Keadaan kaki ketika itu berat, dan sukar untuk mengeluarkan bola itu. Namun saya akui itu bukan kualiti sebenar Sissoko dalam situasi tadi.”

Pochettino kemudian memuji aksi para pemain beliau yang disifatkannya seperti wira.

“Saya bangga dengan komitmen para pemain saya.”

“Secara keseluruhan kami bermain baik daripada Liverpool, itu pandangan saya. Saya kecewa juga pada masa yang sama. Sukar nak saya jelaskan. Namun saya berbangga dengan aksi kami.”

“Saya bangga kerana kami bangkit daripada kekalahan di tangan Southampton dan Burnley. Kami banyak berbincang di bilik persalinan bahawa kami masih di 4 teratas, suku akhir UCL dan masih ada 7 perlawanan liga lagi. Kami harus bergerak ke hadapan dan lupakan apa yang berlaku hari ini.”

“Separuh masa kedua adalah cara bermain bola sepak yang kamu mahukan untuk menjadi pesaing sebenar. Saya gembira dengan pasukan ini. Walaupun saya sedih dengan kekalahan.”

“Kami berhak mendapat sesuatu hari ini, namun saya yakin apabila kami terus bermain baik, kami akan mendapat pulangan setimpal selepas ini.”

Pochettino menyatakan, mereka akhirnya terpaksa menerima hakikat bahawa pasukan mereka tidak cukup bagus untuk menyaingi Liverpool dan Man. City. Dengan skuad yang tidak ada penambahan pemain, mereka boleh dikatakan agak ‘over-performed’ musim ini.

Pochettino bangga dengan pencapaian yang disifatkan di luar jangkaan itu. Namun beberapa minggu ini, mereka berada di ‘realiti’ sebenar, menurut Pochettino lagi:

“Pemain saya adalah wira dan berhak mendapat kredit walaupun apa sahaja kedudukan kami pada akhir musim ini.”

“Liverpool dan City bertarung untuk kejuaraan. Agak sedih apabila kami jauh daripada mereka.”

“Namun dalam beberapa minggu ini, kami akhirnya berada di dunia kami sebenar. Saya kecewa namun secara realistik, kami patut masih gembira. Kami ada baki 7 perlawanan dan kami mengawal ‘takdir’ slot UCL kami – sendiri.”

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN