Pochettino Nafi Krisis Di Tottenham Selepas Dijemput Ke Makan Malam

Pengurus Tottenham Hotspur, Mauricio Pochettino mendedahkan beliau dan rakan kejurulatihan yang lain telah dijemput ke majlis makan malam yang dianjurkan pemain pada minggu hadapan.

Pengendali dari Argentina itu percaya jemputan tersebut adalah bukti jelas bahawa pemain-pemain masih lagi berada bersama beliau – selepas desas desus wujudnya krisis pemain-pengurus di kelab London itu.

Tottenham bermula dengan buruk di saingan musim ini, selepas hanya menang tiga dari lapan perlawanan Liga Perdana Inggeris setakat ini.

Kelab itu juga disingkirkan dari Piala Carabao oleh kelab Divisyen 2, Colchester, dan dibelasah Bayern Munich 7-2 pada saingan peringkat kumpulan Liga Juara-Juara Eropah.

Jemputan ke makan malam itu pula adalah bukti semua pihak di Tottenham kekal bersatu dan masih fokus kepada objektif mereka.

“Pada minggu lepas, apabila anda menerima pesanan dari pemain untuk menjemput anda dan barisan kejurulatihan yang lain untuk makan malam, ia hanya membawa maksud kepada dua perkara.

“Ia adalah kerana mereka [pemain] mahu mengucapkan selamat tinggal, atau itu kerana mereka menghargai anda, dan mahu membuktikan mereka sentiasa di belakang anda.

“Saya rasa [jemputan] adalah sebab kedua. Mereka tidak akan mengucapkan selamat tinggal kepada saya. Mereka boleh berbuat demikian di sini, dan tidak perlu menjemput saya ke makan malam.

Pochettino juga berkata skuad tersebut tidak memerlukan sebarang penambahan pada jendela perpindahan pada Januari hadapans selepas membuktikan mereka mampu untuk bersatu.

“Kami tidak akan memaksa sebarang pertukaran kerana saya percaya skuad sedia ada sangat baik. Sekarang kami harus yakin itu adalah keputusan terbaik, selepas melalui tempoh yang sukar.

“Sekarang tiba masanya untuk mengambil tanggungjawab. Ia harus dimulakan oleh diri saya, kemudian pemain, dan semua pihak di kelab ini.”

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN