Pochettino: “Kami Bermain Lebih Bagus Daripada Chelsea”

Pengurus Tottenham Hotspur, Mauricio Pochettino menyifatkan aksi pasukannya jauh lebih baik berbanding prestasi yang ditunjukkan oleh pasukan Chelsea tempoh hari.

Dalam perlawanan di Wembley tempoh hari, Tottenham Hotspur tewas 2-1 ditangan Chelsea dengan Marcos Alonso menjaringkan 2 gol untuk juara bertahan Premier League.

Walaupun menang, Chelsea hanya memperoleh 32% daripada keseluruhan penguasaan bola.

Lebih menarik, mereka cuma menghasilkan 2 percubaan tepat ke pintu gol dengan kedua-duanya menghasilkan gol!

Akan tetapi, Pochettino tetap merasakan pasukan beliau lebih baik berbanding Chelsea.

“Kami ternyata lebih bagus berbanding Chelsea.”

“Mereka jelas sekali dengan idea mereka iaitu cuma mahu untuk menyekat kami dan cuma beraksi dengan menggunakan serangan balas pantas.”

(Photo by Tottenham Hotspur FC/Tottenham Hotspur FC via Getty Images)

Bagi pengurus dari Argentina itu, beliau merasakan pasukannya sedikit tidak bernasib baik tempoh hari.

“Saya gembira dengan aksi pasukan. Cuma kami sedikit tidak bernasib baik, jika anda berterusan mempunyai jumlah nasib yang sebegini rupa maka sukarlah untuk menang.”

Beliau juga menafikan yang badi beraksi di Wembley menjadi punca kekalahan pasukan beliau.

Hal ini kerana pada musim lalu, Tottenham Hotspur mengalami masalah prestasi ketika bermain di Wembley.

Sumber:

  1. Goal (2017): POCHETTINO: SPURS MUCH BETTER THAN NEGATIVE CHELSEA; http://www.goal.com/en/news/pochettino-were-much-better-than-negative-chelsea/1el1wuzj3cmuv1jrp8mdqv6pfr

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN