Pengurus Tottenham Hotspur, Mauricio Pochettino menjadi calon utama untuk menggantikan Zinedine Zidane yang meletak jawatan sebagai pengendali Real Madrid sejurus selepas membantu Real menjulang kejuaraan hatrik Liga Juara-Juara, minggu lalu.
Pochettino menegaskan, sesiapa pun perlu ‘mendengar’ apabila menerima tawaran daripada Real Madrid, namun buat masa ini dia gembira bersama Tottenham Hotspur.
Here’s Tottenham Hotspur manager Mauricio Pochettino discussing the Real Madrid managerial vacancy earlier on this afternoon.#THFC #COYSpic.twitter.com/tP0E4lf6Ee
— Last Word On Spurs (@LastWordOnSpurs) June 1, 2018
Pengurus kelahiran Argentina yang berusia 46 tahun itu baru menandatangani kontrak lima tahun bersama Spurs minggu lalu.
Beliau komited dengan kelab bimbingannya ketika ini, namun tetap bersikap ‘buka pintu’ kepada sebarang potensi perpindahan, bergantung kepada pengerusi kelab itu, Daniel Levy.
“Apabila Real Madrid menghubungi anda, maka anda kena dengar apa yang mereka mahu katakan.
“Begitupun dalam kes ini, ia tidak bergantung kepada saya. Saya sudah menandatangani kontrak jangka panjang dengan Tottenham dan sangat gembira di sini.
“Saya gembira di Tottenham kerana mereka membenarkan saya bekerja mengikut cara saya dan kami membangun bersama,” kata Pochettino kepada akhbar Sepanyol, El Confidencial.
Mauricio Pochettino admits that he would listen to an offer from Real Madrid about the new manager vacancy: https://t.co/gPz2XAUG8o pic.twitter.com/bFdlhBo2J4
— ESPN FC (@ESPNFC) June 1, 2018
Begitupun ketika ditanya berulang kali oleh pemberita apakah berkata ‘tidak’ kepada Real adalah perkara yang sukar untuk dilakukan, Pochettino berkata:
“Mungkin tidak pada anda, tetapi bukan pada saya”.