PMX Salur Dana RM15 Juta Buat FAM

Perdana Menteri Malaysia iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim mengesahkan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) bakal menerima suntikan dana sebanyak RM15 juta untuk tahun 2025 demi meningkatkan lagi mutu sukan tersebut.

Fokus Anwar Ibrahim kepada bola sepak Malaysia bukan lagi suatu yang baharu, apabila beliau sebelum ini pernah memberi perhatian kepada perjalanan semasa skuad Harimau Malaya.

Atas keprihatian pimpinan kerajaan bawah naungan beliau, Anwar menyatakan sumbangan bernilai jutaan ringgit tersebut akan diberikan kepada FAM.

Bukan sahaja tertumpu kepada skuad senior, nilai RM15 juta itu juga bakal digunakan untuk pembangunan bola sepak di pentas akar umbi demi melahirkan lebih ramai bakat-bakat muda berkualiti.

Jumlah dana tersebut dinyatakan Anwar sendiri pada sesi pembentangan belanjawan 2025 di Dewan Rakyat petang tadi dan mendapat maklum balas positif peminat bola sepak Malaysia di media sosial.

Selain itu, jumlah dana tersebut juga disebut Anwar supaya FAM mampu mendapatkan jurulatih berkualiti untuk pembangunan bola sepak negara serta memberi ganjaran buat pemain.

“Bagi menyokong pembangunan sukan bola sepak, 15 juta ringgit disediakan kepada pasukan Harimau Malaya, pasukan bawah 18 dan bawah 13 dengan kerjasama FAM bagi mendapatkan jurulatih terbaik, mengikuti sesi latihan terbaik serta diberi ganjaran yang setimpal kepada pemain,” kata beliau menerusi perkongsian dibuat Harian Metro.

Perjalanan semasa skuad bola sepak Malaysia kini dianggap sedikit tidak konsisten dengan terbaharu mereka mencatat kekalahan besar kepada New Zealand pada aksi persahabatan.

Sebelum ini, Harimau Malaya telah pun menghadiahkan kejuaraan sulung musim 2024 dalam saingan Pestabola Merdeka bawah kendalian Pau Marti Vicente.

Secara keseluruhan, Anwar turut mengumumkan peruntukan sebanyak RM250 juta dengan merangkumi pembangunan atlet di Malaysia pada tahun 2025.

“Anwar yang juga Ahli Parlimen Tambun berkata, peruntukan itu merangkumi persiapan atlet para menjelang sukan para dunia termasukDeaflympic Tokyo 2025.

“Malah ia juga bagi kerja menyelenggara dan membaiki kemudahan belia serta geran padanan sukan sebagai galakan penganjuran pertandingan sukan oleh persatuan dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO),” jelas kenyataan tersebut.

Kami di Semuanya BOLA turut berharap supaya bola sepak Malaysia tampil lebih maju pada musim hadapan bersama jumlah dana besar diperoleh daripada kerajaan bawah pimpinan Anwar.

Sumber:
Harian Metro

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN