PM Najib Yakin Liverpool Kalah Kepada Manchester United Esok

Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak yakin dengan kemampuan pasukan kegemarannya, Manchester United untuk menundukkan musuh tradisi, Liverpool dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris malam esok.

Beliau berkata demikian selepas berkongsi sekeping gambar di laman twitternya.

“Sabtu malam ini lawan seteru abadi kita, perlawanan paling dinanti-nantikan peminat Manchester United. Saya yakin Sabtu ini boleh menang macam ini juga!,” katanya.

Pertembungan di antara Manchester United dan Liverpool sentiasa menjanjikan sesuatu yang istimewa, namun apa yang lebih bermakna kali ini kini kedua-duanya bertarung merebut tangga kedua Liga Perdana Inggeris.

Ketika ini pasukan jiran mereka Manchester City mendahului 16 mata di puncak liga dan hanya memerlukan empat kemenangan untuk mengesahkan kejuaraan, peminat United pastinya menyedari bahawa kejayaan Liverpool memintas mereka akan menjadikan keadaan semakin parah.

United yang kini dua mata mendahului Liverpool di tangga ketiga, hanya tewas sekali dalam pertembungan kelab tetangga di Old Trafford musim ini, 1-2 kepada City Disember lalu, satu-satunya kekalahan di tempat sendiri musim ini.

(Photo credit should read IAN KINGTON/AFP/Getty Images)

“Perlawanan menentang Liverpool adalah sesuatu yang besar,” kata pengurus United Jose Mourinho.

“Saya fikir kedua-dua pasukan mahu berada dalam kelompok empat teratas jadi kami mahu berada di tangga kedua. Ia memang satu perlawanan yang besar.”

United mengecewakan penyokong mereka beberapa kali musim ini, apabila menunjukkan kemampuan individu yang mampu diterjemahkan kepada aksi berpasukan namun gagal memberikan rentak konsisten yang dikehendaki untuk mencabar kejuaraan.

Pada aksi menentang Crystal Palace awal pagi Selasa, skuad Mourinho bagaikan tidak berfungsi apabila ketinggalan 0-2 di tangan kelab yang diancam penyingkiran namun bangkit dan meraih tiga mata hasil jaringan saat akhir daripada pemain tengah Nemanja Matic.

Satu daripada faktor ketidaklancaran United kebelakangan ini mungkin berpunca daripada kesukaran membentuk keserasian untuk pemain yang dibeli Januari lalu Alexis Sanchez selain berusaha membuat pemain tengah Perancis Paul Pogba gembira dengan posisinya di tengah.

Ketika United berdepan misi mencabar pada aksi kedua 16 pasukan terakhir Liga Juara-Juara menentang Seville tiga hari selepas menentang Liverpool, anak buah Juergen Klopp pula melangkah ke perlawanan itu dengan kejayaan ke suku akhir di pentas Eropah.

Skuad Merseyside melangkah ke perlawanan itu dengan tiga kemenangan liga berturut-turut dan hanya kalah sekali dalam 20 perlawanan terakhir di Liga Perdana dengan penyerang Mohamed Salah berkongsi status penjaring terbanyak dengan 24 gol. – REUTERS

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN