Kelab EFL League One, Plymouth Argyle terpaksa menggunakan lima orang penjaga gol musim ini. Kisah benar ini benar-benar berlaku minggu ini.
Kelab yang dikenali sebagai Argyle ini asalnya mendaftarkan 3 penjaga gol. Luke McCormick dan Robbert te Loeke sudah pun mengalami kecederaan.
Pengurus, Derek Adams memasukkan penjaga gol ketiga, Kyle Letheren semasa perlawanan antara Plymouth Rovers menentang Blackburn Rovers pada Selasa, 17 Oktober lalu.
Cedera juga
Namun, Kyle Letheren juga cedera semasa perlawanan tersebut. Mujurlah, penjaga gol pasukan muda Argyle, Michael Cooper ada diletakkan di bangku simpanan.
Lantas, Michael Cooper dimasukkan menggantikan Kyle Letheren. Michael baru berusia 18 tahun dan diminta untuk menjaga gawang Argyle.
Beliau sendiri tidak menjangka untuk beraksi sebagai penjaga gol Argyle. Walhal, impiannya hanya untuk berada di bangku simpanan. Pengurusnya memuji aksi penjaga gol muda itu kerana menyelamatkan beberapa kali percubaan ke gol Argyle.
Panggilan S.O.S
Kelmarin, Plymouth Argyle terpaksa membuat pinjaman kecemasan penjaga gol. Kali ini, Remi Matthews dipinjamkan daripada Norwich City.
Penjaga gol berumur 23 itu pernah beraksi untuk Doncaster Rovers dan Burton Albion sebagai pinjaman. Namun, musim lepas beliau bertugas menjaga gawang untuk Hamilton, kelab liga Scotland.
Remi Matthews membuat penampilan sulung untuk Argyle. Argyle menewaskan AFC Wimbledon di tempat lawan dengan 1 gol sahaja. Malah, beliau sendiri beraksi dengan cemerlang.
Peraturan khas telah diwujudkan untuk membenarkan kelab menandatangani penjaga gol secara pinjaman luar daripada waktu perpindahan pemain. Dengan syarat penjaga gol yang telah didaftarkan sebelum ini cedera.