Play Off Piala Dunia 2018: Itali & Sweden, Buru Kelebihan Awal Ke Rusia

Seperti yang diketahui sebelum ini, 4 perlawanan play off Piala Dunia zon Eropah bakal berlangsung dari 9-14 November ini.

Paling mencuri tumpuan adalah perlawanan membabitkan gergasi Scanadavian, Sweden bertemu skuad Azzuri di mana Sweden bakal menjadi tuan rumah terlebih dahulu pada 10 November.

Road to Play off

Bagi skuad kendalian Gian Pero Ventura, kali terakhir skuad Azzuri gagal ke pusingan akhir Piala Dunia adalah pada tahun 1958.

Mereka nyata memiliki keazaman yang cukup tinggi untuk memburu slot ke Rusia seterusnya melengkapkan penampilan kali ke 15 secara berturut-turut dan kali ke 19 secara keseluruhan dalam sejarah kejohanan bola sepak yang paling berprestij di dunia ini.

(Photo by Claudio Villa/Getty Images)

Namun begitu, pasukan yang bakal ditentang nanti bukanlah calang-calang pasukan. Sweden yang menghuni tangga kedua dalam kumpulan A, hanya dipisahkan dengan 4 mata berbanding Perancis, memperlihatkan kekuatan yang ada pada skuad ini.

Memiliki kekuatan di bahagian serangan melalui 26 jaringan, iaitu 8 jaringan melebihi apa yang diperolehi oleh Perancis, mereka mampu memberi masalah kepada unit pertahanan Itali yang diketuai oleh Gianluigi Buffon nanti.

(Photo credit should read JONATHAN NACKSTRAND/AFP/Getty Images)

Bagi skuad Itali pula, mereka menamatkan saingan kumpulan G dengan mengumpul 23 mata, sekadar berada di tangga kedua di belakang Sepanyol.

Walaubagaimanapun, Itali masih berpeluang layak ke Rusia dengan syarat perlu melalui playoff ini dengan kemenangan seperti yang dibuktikan 2o tahun lepas apabila menyingkirkan Rusia dengan jaringan 2-1.

Itali mahu ulangi kejayaan play off 1997

Kali terakhir Itali “diselamatkan” dari tercicir dari kejohanan ini melalui perlawanan play off adalah pada tahun 1997. Lawan mereka pada ketika itu ialah Rusia.

2 perlawanan yang berlangsung secara timbal balik, sedikit sebanyak mencetus kenangan yang indah buat satu-satunya pemain yang masih kekal bersama Itali ketika ini, Gianluigi Buffon.

Getty Images Europe

Buffon dimasukkan sebagai pemain gantian akibat kecederaan yang dialami oleh Gianluca Pagliuca pada perlawanan pertama di Moscow, mempamerkan prestasi yang cemerlang dalam perlawanan tersebut.

Buffon tidak beraksi dalam perlawanan kedua yang dilangsungkan di Naples ketika Itali berjaya melayakkan diri ke Perancis 98′ dengan agregat 2-1.

Sweden mahu kembalikan ke pentas dunia

Dari segi saiz, Sweden hanya mempunyai kepadatan penduduk berjumlah 10,065,389. Namun saiz negara yang pada asasnya kecil, tidak pernah menghalang mereka daripada memberikan impak kepada bola sepak dunia.

Mereka pernah bergelar naib juara Piala Dunia pada edisi 1958 ketika menjadi tuan rumah kejohanan tersebut.

Mungkin ada di kalangan anda yang masih ingat perjalanan Sweden di Piala Dunia 1994 di Amerika Syarikat sehingga berjaya menduduki tempat ke-3 dalam kejohanan tersebut.

Credit: Allsport UK /Allsport

Kali ini mereka tampil dengan pemain sederhana tetapi berjiwa besar. Profil yang sama ketika mereka beraksi di pentas yang sama 23 tahun yang lalu.

Kelompok pemain sedia ada yang diketuai oleh kapten pasukan Andreas Granqvist pasti mengimpikan impak dan pencapaian yang sama ketika pada tahun 1994. Kini, Itali adalah satu-satunya halangan mereka.

Pemain sandaran

Siapakah yang bakal dijadikan sandaran untuk mengulangi apa yang dilakukan Pierluigi Casiraghi 20 tahun lepas?

Adakah penyertaan semula Simone Zaza ke dalam pasukan boleh dijadikan harapan untuk membawa Italy ke Rusia tahun depan?

Atau, adakah Itali rela terkandas di pusingan play off dan terlepas peluang ke pusingan akhir Piala Dunia di Rusia pada tahun hadapan?

(Photo by Manuel Blondeau/Icon Sport) (Photo by Manuel Blondeau/Icon Sport via Getty Images)

Atau adakah Itali akan meneruskan saingan mengejar rekod penyertaan tertinggi di kalangan negara Eropah di kejohanan Piala Dunia yang dimiliki oleh Jerman dengan 19 penyertaan?

Sudah pasti tekanan yang tinggi berpihak kepada Itali dalam memastikan rekod baik mereka tidak tergugat. Tambahan pula dengan rekod pertemuan yang kurang menyebelahi mereka ketika beraksi di Stockholm sejak 1912.

Rumusan

Siapa pilihan anda? Mampukah skuad kendalian Gian Piero Ventura mengekalkan momentum Itali sebagai kuasa bola sepak eropah dan dunia?

Atau adakah anak didik Janne Anderson akan melakukan kejutan? Itali atau Sweden, kedua-duanya akan menentukan siapa yang lebih layak ke Piala Dunia pada malam ini.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN