Playoff Liga M3 2020: Yosri, Tengku Qayyum Tekad Balas Budi KSR SAINS

KSR SAINS

Dua bekas pemain Negeri Sembilan, Yosri Derma Raju dan Tengku Qayyum Ubaidillah mahu membalas budi majikan mereka, KSR Syarikat Air Negeri Sembilan (SAINS) dengan memburu kemenangan pada aksi final pusingan play offs ke Liga M3 2020 Sabtu ini.

Menurut kedua-dua bekas pemain profesional ini, mereka melihat itu cara terbaik untuk berterima kasih kepada KSR SAINS yang sudi mengambil mereka bekerja selepas tidak lagi mewakili mana-mana pasukan tempatan sejak beberapa musim lalu.

Yosri yang sudah berumur 37 tahun, bertindak selaku ketua pasukan KSR Sains mengakui hidupnya sedikit mencabar setelah tidak lagi mendapat sebarang tawaran pasukan dan kelab sejak 2017.

Mujur pelawaan KSR Sains pada awal tahun ini dengan peluang pekerjaan membuatkan pemain yang berasal dari Bahau, Negeri Sembilan ini kembali aktif bermain di atas padang.

“Pasukan yang terakhir saya wakili ialah UITM di bawah Raja Isa iaitu pada 2016 dan selepas itu saya tidak lagi bermain ekoran sukar mendapat tawaran.

“Kemudian, saya ambil keputusan untuk balik ke kampung dan cuba untuk berniaga selain saya juga mempunyai kebun sendiri.

“Pada tahun lalu, KSR Sains memanggil saya dan kini saya telah bekerja selama satu tahun enam bulan dengan mereka selain turut diharapkan boleh membantu pasukan.

Tengku Qayyum Ubaidillah

“Saya bersedia untuk bermain lagi di pentas Liga M3 musim depan dan paling penting saya harap boleh menghadiahkan sesuatu yang lebih manis kepada KSR Sains pada aksi final nanti, ” katanya.

Yosri pernah mencetuskan sensasi pada 2003 apabila menjadi orang asli pertama meraih panggilan skuad kebangsaan ketika berusia 21 tahun ketika dia beraksi selaku pertahanan kanan Negeri Sembilan.

Dalam pada itu, seorang lagi pemain yang pernah menjulang dua gelaran Piala Malaysia bersama Negeri Sembilan pada musim 2009 dan 2011, Tengku Qayyum juga mempunyai pandangan sama seperti Yosri.

“Terima kasih KSR Sains kerana bagi peluang kepada bekas-bekas pemain bukan sahaja untuk bermain tetapi diserap menjadi staf kerana bukannya mudah buat mana-mana pemain mendapat pekerjaan selepas bersara.

“Sekarang ini boleh dikatakan 80 ke 90 peratus pemain KSR Sains adalah staf dan pemain luar tidak ramai tetapi semuanya adalah berasal dari Negeri Sembilan malah kami dah lama kenal.

“Kekuatan kerjasama dalam pasukan ini menjadi kunci utama KSR Sains dan kami harap mampu beri cabaran dalam M3 serta muncul juara saingan pusingan play offs nanti, “ katanya.

KSR Sains yang sudah mengesahkan slot ke Liga M3 2020 akan berdepan Ikram Muda FC pada 28 Disember ini selepas membelasah AZE FC 6-1, pada Sabtu lalu.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN