Selepas melalaui fasa 9 perlawanan liga, aksi Terengganu Amateur League (TAL2017) kini memasuki fasa pasca-liga yang dikenali sebagai Piala TAL.
Fasa ini melibatkan 8 pasukan dengan 4 pasukan dari Liga Super dan 2 pasukan dari Liga Perdana sudah mengesahkan tempat.
Baki 2 lagi slot menjadi rebutan 2 lagi pasukan dari Liga Super dan 2 pasukan Liga Perdana. Mereka ialah:
- UMT-Pemanis FC (Liga Super)
- Gemuda FC (Liga Super)
- Pikat FA (Liga Perdana)
- Ayahanda FC (Liga Perdana)
Setelah lengkap senarai 8 pasukan, mereka akan bermain dalam format kalah mati bermula dengan peringkat suku akhir.
4 pemenang dari 4 perlawanan suku akhir akan mara ke separuh akhir dan kemudiannya ke peringkat akhir.
Terus berjuang
Perlawanan bagi menentukan baki 2 lagi slot ke Piala TAL ini menyaksikan wakil dari Liga Super tidak bertemu sesama sendiri.
Sebaliknya mereka bertemu dengan pasukan dari Liga Perdana.
Gemuda FC diundi untuk bertemu dengan Pikat FA dalam misi ke suku akhir Piala TAL2017.
Malang bagi mereka, perjalanan mereka tersekat apabila tewas 2-1.
Gemuda FC dikejutkan dengan 2 gol dalam masa 8 minit oleh Pikat FA apabila Mohd Shamil menjaringkan gol untuk Pikat FA pada minit ke-20.
Pada minit ke-28, Tuan Shahzam menjaringkan gol kedua Pikat FA untuk menjadikan jaringan 2-0.
Gemuda FC cuba bangkit menerusi jaringan Qildran Syah pada minit ke-52 namun ia belum cukup untuk menghalang kemaraan Pikat FA.
Satu lagi perlawanan melibat UMT-Pemanis FC dan juga Ayahanda FC.
Amirul Syafiq meletakkan Ayahanda FC dihadapan dengan jaringan menakjubkan dari luar kotak penalti pada minit ke-12.
Akan tetapi, Idham Shafuan menjaringkan gol penyamaan untuk UMT-Pemanis FC pada minit ke-58.
Gol kemenangan UMT-Pemanis FC terhasil menerusi jaringan Wan Ismail pada minit ke-67 untuk memberikan kemenangan 2-1 buat mereka.
Kini sudah lengkap 8 pasukan yang akan beraksi di peringkat suku akhir TAL2017, perlawanan akan dilangsungkan pada 3 November 2017.