Platini Akui Manipulasi Undian Piala Dunia 1998, Elakkan Perancis Bertemu Brazil Lebih Awal

Semua kita pernah digemparkan dengan skandal oleh FIFA dalam proses undian termasuk dalam Piala Dunia. Terbaru, bekas Presiden UEFA, Michel Platini membuat pengakuan berani mati tentang apa yang berlaku di Perancis 1998.

Mereka telah memanipulasi undian melibatkan pasukan Perancis supaya dapat mengelak daripada bertemu Brazil pada pusingan awal. Ini bermakna, Perancis hanya akan bertemu Brazil jika mereka mara ke final.

Perancis berjaya mara ke final ketika itu berhadapan dengan pasukan pilihan Brazil dan menang 3-0 dalam perlawanan diinspirasikan Zidane.

Platini merupakan salah seorang ahli jawatankuasa penganjur kejohanan tersebut. Perancangan ini hanya memmerlukan kedua-dua pasukan melepasi peringkat kumpulan di tangga teratas.

“Perancis menentang Brazil adalah final impian untuk semua orang.”

Platini memberitahu, mereka memastikan agar Brazil dan Perancis duduk pada kumpulan A dan C.

“Kami mengatur jadual dan kami menggunakan sedikit helah. Jika kami juara kumpulan C dan Brazil juara kumpulan A, kami tidak akan berhadapan dengan Brazil lebih awal.”

“Kami tak akan membazirkan masa 6 tahun untuk penganjuran ini tanpa melakukan sebarang helah. Anda fikir penganjur lain tidak melakukannya ketika mereka menjadi hos?”

Platini menyindir penganjuran pada beberapa temasya, di mana undian peringkat kumpulan juga suda diatur termasuk pada Piala Dunia Italia 1990 dan Euro 1996.

Platini pernah bercadang bertanding jawatan Presiden FIFA pada 2015. Namun begitu beliau dihalang berbuat demikian selepas terpalit skandal melibatkan bayaran £1.3 juta yang diterima Platini daripada Sepp Blatter.

FIFA buat masa ini masih belum membuat sebarang kenyataan di atas kenyataan Platini tersebut.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN