2 perlawanan terakhir mereka telah menjaringkan 8 gol dan dibolosi 3 kali. Semua bolos adalah dari perlawanan Selangor.
Mereka tewas dalam 2 perlawanan pertama. Dalam perlawanan pembukaan mereka tewas tipis 1-0 di tangan oleh Felda United.
Kemudiannya mereka didiamkan oleh Kelantan yang menyaksikan kebangkitan Muhammed Ghaddar di Shah Alam.
Dalam perlawanan ke-3, mereka berhadapan dengan pasukan yang sedang dalam prestasi terbaik iaitu Selangor.
Mereka berjaya menang dalam perlawanan 8 gol ketika itu dimana 5 adalah milik PKNS.
Pada perlawanan ke-4 mereka menerima kunjungan skuad Karl Heinz Weigang. Ramai menjangkakan Perak akan memenangi perlawanan ini.
Sebaliknya PKNS dengan cemerlang mengenepikan cabaran pasukan Perak dengan jaringan 3-0.
Kebangkitan Safee Sali juga antara aspek yang boleh membuatkan PKNS FC tersenyum. Mana tidaknya, pemain ini sudah lama tidak menunjukkan sentuhan sebagai penggempur utama.
Kualiti beliau memang masih bagus untuk liga Malaysia. Jelas PKNS adalah pilihan terbaik untuk Safee Sali untuk mengembalikan status beliau sebagai antara penyerang elit di peringkat domestik.
Seterusnya adalah kualiti 4 pemain import mereka. Di barisan pertahanan mereka ada Gonzalo Soto yang memang terbukti antara bek tengah terbaik dalam liga kita.
Kehadiran pemain seperti Matias Hadwa dan Espindola di tengah telah memberikan sokongan yang kuat di bahagian tersebut.
Matias Hadwa musim lalu telah memberikan isyarat beliau adalah pemain yang berkualiti. Siapa akan lupa gandingan beliau dengan Gabriel Guerra pada musim lalu.
Patrick Ronaldinho bukanlah nama asing dan sentiasa boleh diharap untuk melakukan tugas di hadapan gol.
Jadi, pasukan PKNS sudah bersedia untuk memberikan saingan kepada mana-mana pasukan musim ini.
Isu yang kerap menjadi masalah adalah isu konsistensi. Diharap ia dapat dikekalkan oleh PKNS untuk menjadi salah sebuah dark horse dalam saingan kali ini.
Baca juga: Keputusan Perlawanan-Perlawanan Liga Perdana 2017: Minggu 4