Quantcast

BERITA

PKNS FC Turut Diserang Virus Infuenza, MFL Lulus Permohonan Tangguh Perlawanan

Setelah JDT digemparkan dengan serangan virus influenza pada Isnin lalu membabitkan 17 pemain – termasuk 10 dari skuad utama – kini giliran PKNS FC juga turut mengalami nasib yang sama.

Melalui satu kenyataan yang dikeluarkan oleh PKNS FC sebentar tadi, sekurang-kurangnya lapan pemain disahkan menghidap Influenza B.

Antara pemain tersebut ialah Kpah Sean Sherman, Rodney Akwensivie, Tamirlan Kozubaev dan Farhan Abu Bakar.

PERLAWANAN MELAKA MENENTANG PKNS FC DITUNDA AKIBAT PEMAIN DIJANGKITI INFLUENZA B
——
PKNS FC telah memohon kepada…

Posted by PKNS FC on Wednesday, July 10, 2019

Melalui satu kenyataan lain, pihak Malaysian Football League (MFL) turut mengesahkan telah bersetuju meluluskan permohonan PKNS FC untuk menangguhkan perlawanan menentang Melaka United yang sepatutnya berlangsung esok.

Perlawanan tersebut akan dijadualkan kembali pada 16 Julai akan datang, dan keputusan tersebut dipersetujui oleh kedua-dua pasukan.

PERLAWANAN LIGA SUPER MELAKA-PKNS FC DITUNDA AKIBAT VIRUS INFLUENZA

Baca lanjut: https://www.malaysianfootballleague.com/portal/news-details?id=260

#LigaSuper2019

Posted by Malaysian Football League on Thursday, July 11, 2019

“Penundaan perlawanan Liga Super minggu ke-20 itu dibuat atas faktor masalah kesihatan, keselamatan dan kesukanan.

“Keputusan itu dicapai oleh MFL selepas menerima permohonan penundaan perlawanan minggu daripada PKNS FC yang turut mengemukakan laporan penuh doktor perubatan hari ini apabila seramai lapan pemain mereka telah disahkan dijangkiti virus influenza,” ujar kenyataan daripada penganjur pertandingan bola sepak negara itu.