PKNS FC Nafi Bermain Kasar Ketika Menentang Kedah Tempoh Hari

Kisah mengenai perlawanan Liga Super diantara Kedah menentang PKNS FC di Stadium Darul Aman tempoh hari nampaknya belum lagi berakhir.

Fakta yang menyaksikan Kedah tergelincir ke tangga kedua liga selepas perlawanan itu dilindungi dengan aksi-aksi panas yang ditonjolkan di atas padang.

Pemain Kedah, Liridon Krasniqi nyata antara pemain yang tidak berpuas hati dengan corak permainan yang ditunjukkan oleh PKNS FC.

Bagi Liridon, permainan yang ditunjukkan oleh PKNS FC itu terlalu kasar dan pasukan tersebut tidak layak bermain di Liga Super.

Namun kini, pihak PKNS FC telah tampil mempertahankan corak permainan mereka.

Semangat tinggi

Menurut Sinar Harian, pengendali PKNS FC E. Elavarasan telah menafikan dakwaan yang pasukannya bermain permainan dengan cara yang kasar.

Katanya lagi, pasukannya bermain dengan semangat juang yang tinggi memandangkan dalam permainan dilangsungkan dalam keadaan hujan lebat.

Justeru, permainan yang ditonjolkan tampak sedikit kasar.

Gambar: Kedah FA

“Pasukan saya tak main kasar, sebaliknya padang yang nampak sedikit basah menjadikan permainan nampak sedikit agresif.”

Elavarasan juga mengatakan kedua-dua pasukan beraksi dengan penuh intesiti tinggi ketika perlawanan dek kerana permukaan padang yang basah.

Malah, Elavarasan juga menggangap apa yang berlaku tempoh hari di Darul Aman sebagai perkara biasa yang tak perlu diperbesarkan.

Dalam perlawanan tersebut, Kedah diikat PKNS FC dengan jaringan 1-1.

Jaringan dihasilkan oleh Juan Sebastian dan juga Zac Anderson.

Baca juga: Lelaki Ini Menceritakan Dedikasi Matlan Marjan Dalam Membantu Bola Sepak Sabah

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN