PKNS FC Mohon Maaf Berikutan Kelewatan Lengkapkan Pendaftaran

Dalam satu kenyataan untuk siaran media, Presiden PKNS FC, Hajah Siti Zubaidah Abd Jabar telah mengemukakan permohonan maaf kepada pentadbir bola sepak negara.

Permohonan maaf tersebut dibuat bagi pihak PKNS FC, berikutan kelewatan kelab bola sepak itu melengkapkan dokumen pendaftaran untuk bertanding di Liga Malaysia, seperti mana yang didedahkan oleh Usahasama Liabiliti Terhad Bola Sepak Malaysia (FMLLP) semalam.

Sehubungan dengan itu, Siti Zubaidah turut merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih terhadap FMLLP yang sentiasa berusaha menghantar emel peringatan tentang perkara tersebut bagi membantu perihal berkaitan pendaftaran PKNS FC pada musim ini.

Kenyataan tersebut turut mengesahkan telah menerima emel daripada pihak FMLLP berkenaan pendaftaran pasukan pada 15 Februari yang lalu, sebelum ia diselesaikan oleh PKNS FC pada 19 Februari 2018.

“PKNS FC telah menerima emel daripada Football Malaysia LLP (FMLLP) bertarikh 15 Februari berkenaan pengesahan pendaftaran pasukan membabitkan borang-borang seperti Surat Selesai Bayaran/Tunggakan Gaji, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja, Perkeso, Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan denda.”

“Pihak kami menghargai usaha FMLLP yang menghantar emel peringatan tentang perkara tersebut di atas dan sentiasa berkomunikasi dengan FMLLP bagi menyelesaikan perkara ini sebaik mungkin.”

“Pihak PKNS FC telah mengemukakan kepada FMLLP dokumen-dokumen yang diperlukan iaitu pada 19 Februari 2018,” jelas kenyataan tersebut.

Sumber: PKNS FC, Facebook.

Dalam kenyataan yang sama, Siti Zubaidah bagi pihak PKNS FC turut melahirkan sokongan terhadap usaha Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), DYAM Tuanku Mahkota Johor (TMJ) dalam memartabatkan bola sepak negara.

“Dengan rendah hati pihak kami memohon maaf di atas kesulitan yang timbul kepada pentadbir bola sepak Malaysia dan sentiasa menyokong usaha Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor untuk memastikan Liga Malaysia berjalan secara profesional,” tambah kenyataan itu lagi,” jelas Zubaidah dalam kenyataan tersebut.

Siti Zubaidah turut menjelaskan bahawa pasukan PKNS FC merupakan pasukan pertama yang mengesahkan diri untuk bertanding di Liga Super 2018, dan tidak pernah gagal mengemukakan dokumen-dokumen yang diperlukan kepada FMLLP sebelum ini.

Sehubungan dengan itu, beliau berharap tahap kompetensi pengurusan PKNS FC mampu dipertingkatkan dari masa ke semasa untuk mengelakkan sebarang kesulitan pada masa hadapan, selaras dengan aspirasi FAM untuk mentadbir Kelab bola sepak di negara ini secara profesional.

Sejak pendedahan oleh FMLLP semalam, pasukan dengan nama jolokan The Red Ants ini menjadi pasukan pertama yang mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung dengan isu pendaftaran pasukan.

Enam pasukan yang masih gagal melengkapkan pendaftaran untuk bersaing di Liga Malaysia 2018 ialah Kuala Lumpur FA dan Kelantan FA dari Liga Super Malaysia, dan Sarawak FA, Pulau Pinang FA, PDRM FA serta Kuantan FA dari saingan Liga Premier.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN