PKNS FC Buru Pemain Import Ke-5 Dari Australia, Timur Tengah Atau Uzbekistan

Untuk mencukupkan kuota lima pemain import, dimaklumkan PKNS FC sedang dalam pemburuan pemain import kuota Asia untuk posisi pertahanan tengah.

Perkara ini telah dimaklumkan dan disahkan sendiri oleh pengurus pasukan, Mahfizul Rusydin Abdul Rashid kepada sebuah akhbar tempatan, Berita Harian.

“Kita masih mencari pemain kuota Asia bagi posisi pertahanan tengah dan sedang mencari pemain dari Australia, Timur Tengah atau Uzbekistan.

“Apapun, kita jangka semuanya dapat diselesaikan dalam masa terdekat ini,” ujarnya lagi mengenai status satu lagi kuota pemain Asia.

Zac Anderson menyertai Perak pada musim ini. FOTO: PAFA

Musim lalu, PKNS FC menggunakan khidmat pertahanan import dari Australia, Zac Anderson yang musim sebelum itu beraksi bersama Kedah.

Selain itu, penyerang Kemboja, Chan Vathanaka dan pemain Singapura, Gabriel Quak antara yang sedang dipertimbangkan oleh PKNS FC bagi musim hadapan.

Kedua-dua pemain tersebut pernah memiliki pengalaman beraksi di Liga Malaysia (Liga M) di mana Vathanaka ketika bermain bersama Pahang dan Quak ketika Lions XII.

Mahfizul telah mendedahkan kepada Berita Harian bahawa hanya salah seorang sahaja diantara dua pemain tersebut bakal dipilih oleh PKNS FC untuk mengisi kuota ASEAN.

Foto: PKNS FC

“Kita akan menguji kedua-dua pemain itu tetapi hanya seorang yang akan dipilih untuk mengisi slot yang ditetapkan.

“Semestinya pemilihan juga dibuat berdasarkan kepada peruntukan bajet,” ujar Mahfizul mengenai status kedua-dua pemain yang sedang diuji.

Quak telah berlatih bersama pasukan sejak dari awal Januari lalu sementara Vathanaka pula akan diuji ketika dua aksi pemanas badan di Singapura minggu ini.

Sebagai pemain yang sudah biasa dengan suasana saingan di Liga Malaysia, dijangkakan kedua-dua pemain tersebut tiada masalah untuk cepat menyesuaikan diri.

Untuk rekod, Quak adalah yang paling berjaya ketika beraksi di Malaysia dengan memiliki dua kejuaraan bersama Lions XII iaitu Liga Super 2013 dan Piala FA 2015.

Sumber: Pahang FA, Facebook.

Vanthanaka pula hanya sempat bersama Pahang beberapa bulan sebelum Tok Gajah memilih untuk menamatkan kontraknya dan digantikan oleh Issey Nakajima-Farran.

Semut Merah telah mengesahkan dua pemain import iaitu Romel Morales Ramirez yang masih dikekalkan dan bekas pemain import MIFA, Kpah Sean Sherman dari Liberia.

Mereka juga dijangka akan mengikat seorang pemain import dalam masa terdekat iaitu bekas pemain JDT dan pernah beraksi bersama mereka pada musim 2015, Gabriel Guerra.

 

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN