PKNS FC Belum Ada Kata Putus Jadi ‘Feeder Club’

Antara berita yang hangat diperkatakan di arena bola sepak negara ialah penggabungan PKNS FC dan Selangor FA untuk menharungi saingan Liga Malaysia pada musim hadapan.

Namun sehingga kini, belum ada sebarang pengesahan dari PKNS FC sekiranya langkah tersebut akan diteruskan atau ditolak, sehingga perbincangan dilakukan oleh pihak pengurusan tertinggi kelab tersebut.

pkns fc
Foto: Astro Arena

Perkara itu disahkan oleh pengurus pasukan PKNS FC, Mahfizul Rusydin Ab Rashid kepada Sinar Harian pada hari ini.

Menurut beliau perkara itu akan diputuskan oleh pihak atasan dalam masa terdekat dan sebarang keputusan akan dimaklumkan kepada umum oleh pihak kelab.

“Kami tahu bola sepak adalah sukan yang amat popular di negara ini dan kami sebagai badan korporat boleh membantu perkembangan bakat bola sepak negeri dan negara sekiranya terus berperanan dalam ekosistem bola sepak negara,” katanya ketika dihubungi Sukan Sinar semalam.

PKNS FC akan diturunkan ke Liga Premier dan tidak akan lagi beraksi di Piala FA serta Piala Malaysia.

Posted by Semuanya BOLA on Saturday, September 28, 2019

Baru-baru ini ahli gabungan Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) sebulat suara menerima penggabungan PKNS FC sebagai ‘feeder club’ pasukan Selangor untuk kempen Liga Malaysia pada musim hadapan.

Ketetapan tersebut diadakan pada mesyuarat Kongres Luar Biasa FAS pada hujung minggu lalu.

PKNS FC, Selangor belum pasti bergabung

Saksikan rancangan kegemaran anda di www.astroonthego.com bila-bila dan di mana sahaja sekarang!

Posted by Astro Arena on Monday, November 21, 2016

Idea penggabungan kedua-dua entiti bola sepak di negeri Selangor ini sebenarnya bukanlah perkara baharu. Malah ia pernah disebut sejak dari 2016 lagi.

Namun kali ini, usaha tersebut tampak seperti akan menjadi kenyataan dan kini terpulang kepada pihak pengurusan PKNS FC untuk bersetuju dengan cadangan tersebut.

Setiausaha Agung FAS, Dr Johan Kamal Hamidon bagaimanapun berkata, masih ada lagi beberapa proses yang perlu dilakukan oleh kedua-dua belah pihak sebelum penggabungan itu dapat dilaksanakan.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN