PKNP Terus ‘Membunuh’ Abang Besar, Terengganu Tewas 2-4 Di Tempat Sendiri

PKNP tewaskan pasukan Terengganu di tempat lawan dengan jaringan 2-4. PKNP mulai menjadi sebutan selepas aksi cemerlang mereka pada awal musim ini.

Mereka menyingkirkan pasukan Liga Super Kelantan daripada saingan Piala FA. Kali ini PKNP tewaskan Terengganu.

Terengganu dianggap pasukan pilihan dalam peralawanan ini. Namun sebaliknya Terengganu seakan-akan masih belum bangkit daripada kekalahan di tangan Negeri Sembilan sebelum ini.

Terengganu pastinya tergamam dengan kekalahan ini kerana PKNP FC hanya beraksi 10 pemain selepas minit ke-46.

Muhd Shahrel Fikri Md Fauzi menjaringkan gol pembukaan dengan menanduk masuk sepakan penjuru Vincent Lucas Weijl.

Shahrel Fikri menggandakan kelebihan untuk pasukan pelawat tidak lama selepas itu.

Terengganu membalas menerusi Federico Matias Falcone, yang juga menjaringkan gol kerana hantaran lintang yang disumbangkan Ferris Daniel.

Perlawanan separuh masa pertama berakhir dengan Terengganu ketinggalan 1-2.

Foto : Terengganu FA

Pada minit ke-52, giliran Ritus Krjauklis yang menanduk masuk sepakan penjuru. Ia adalah satu amaran besar kepada Irfan Bakti tentang naifnya mereka bertahan bola tinggi.

7 minit selepas itu, Issey Nakajima menghidupkan perjuangan pasukan Terengganu dengan gol ke-2. Jaringan ini berpunca daripada kegagalan  pemain PKNP melakukan clearance bola lintang oleh Terengganu.

Issey Nakajima melakukan penyudah menerusi bola kedua dengan cantik.

Sisa-sisa perjuangan pasukan Terengganu dibunuh oleh Vincet Lucas Weijl pada minit ke-82.

Perlawanan berakhir dengan kedudukan 2-4. Terengganu dikecewakan di hadapan 10,000 penyokong mereka yang diberikan pas percuma dalam perlawanan ini.

Ia adalah kekalahan ke-2 berturut-turut pasukan Terengganu dalam liga musim ini dengan melepaskan 7 gol daripada 2 perlawanan terakhir.

PKNP melonjak ke tangga ke-2 liga menggantikan pasukan Terengganu. Ia adalah kemenangan ke-3 pasukan yang menjadi pendatang baru Liga Premier musim ini.

Baca juga: Wira Tak Didendang Tragedi Chapecoense Diberi Ganjaran Bertemu Bintang Kesayangannya

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN