Cerita indah PKNP dalam liga domestik beterusan. Setelah cemerlang dalam aksi Liga, mereka meneruskan kecemerlangan dalam kempen Piala FA.
Sebelum ini mereka menewaskan pasukan Kelantan di Kota Bharu. Kali ini mereka mengalahkan satu lagi pasukan dari Pantai Timur tanah air.
PKNP menewaskan Kuantan FA 5-4 di Stadium Perak.
PKNP mendahului seawal minit ke-4 selepas jaringan sendiri oleh pemain Kuantan FA, Iskandar Zulkarnaen.
Minit ke-24, PKNP menambah jaringan menerusi tindakan susulan oleh Mohd Fadhli.
Shahrel Fikri, calon pemain terbaik bulanan MPL seakan-akan membunuh perlawanan dengan gol ke-3. Kuantan FA ketinggalan 3-0 pada minit ke-30.
Tidak cukup dengan itu, minit ke-38 Vincent Lucas menyempurnakan hantaran square pass oleh rakan beliau.
Namun, kelekaan pemain PKNP sebelum rehat membolehkan Ljuba Baranin menjaringkan gol menerusi sepakan penalti, 5 minit sebelum rehat. Separuh masa pertama berakhir dengan 4-1.
Bersambung separuh masa kedua, minit ke-60 Iskandar Zulkarnaen dibuang padang kerana kad kuning kedua.
Namun pemain PKNP Ritus Krjauklis melakukan tindakan tidak sepatutnya dan membawa kepada straight red card.
Perlawanan berlangsung dengan kedua-dua pasukan beraksi dengan 10 pemain.
Abdul Malik Mat Arif dan Baranin memberikan inspirasi kepada Kuanta FA untuk mengejar PKNP. Kedua-dua pemain menjaringkan gol masing-masing minit ke-78 dan dan 82.
Pada masa kecederaan ke-2, Kuantan FA akhirnya menyamakan kedudukan.
Namun 3 minit kemudian, iaitu minit ke-95 dalam masa kecederaan, Shahrel Fikri menghampakan kebangkitan Kuantan FA dengan gol kedua peribadi beliau.
Perlawanan berakhir dengan 5-4. PKNP berjaya keluar daripada bayangan kebangkitan Kuantan FA dalam perlawanan yang menghasilkan 9 gol ini.
Satu perlawanan yang penuh dramatik dan kejar-mengejar di antara kedua-dua pasukan.
Namun berita yang kurang enak untuk didengar adalah, Pengurus Pasukan Kuantan FA, Dato Wan Solihi Wan Hassan dikejarkan ke Hospital Raja Permaisuri Bainun selepas rebah di bilik persalinan semasa tamat perlawanan.
Bersama-sama kita mendoakan agar Dato Wan Solihi kembali cergas dan cepat sembuh.
Baca juga: PKNP Terus ‘Membunuh’ Abang Besar, Terengganu Tewas 2-4 Di Tempat Sendiri