‘Pisang Berbuah Dua Kali’ Tidak Patahkan Semangat Zainal Abidin Hassan

Ini merupakan tahun kedua berturut-turut, Zainal Abidin Hassan melalui situasi yang sama apabila skuad kendaliannya berhadapan masalah dan isu pembayaran gaji. Tahun lalu, pengendali Melaka United itu telah melaluinya bersama skuad Pulau Pinang.

Masalah gaji bukanlah asing di Malaysia malah juga tidak asing buat Zainal yang kali ini sudah dua bulan tidak menerima gaji sebagaimana yang telah diakui oleh pengurus pasukan, Datuk Mohd Yusoff Mahadi kepada pihak media baru-baru ini.

Begitupun, Zainal yakin dengan kewibawaan pihak pengurusan pasukan untuk menyelesaikan isu tersebut kerana baginya setiap individu ada tugas masing-masing yang perlu dilunaskan.

“Pengurusan menjalankan tugasan dengan baik. Setiap orang mempunyai tugas masing-masing yang perlu dilaksanakan,” memetik kenyataan Zainal menerusi portal Berita Harian.

“Malah kami bekerja keras untuk kemajuan pasukan dan bersama-sama untuk menjalankan tugas dengan paling penting fokus suku akhir perlu diutamakan buat saya ketika ini,” tambahnya lagi.

Umum mengetahui Zainal adalah seorang jurulatih yang penyabar sebagaimana dirinya melalui saat sukar ketika membimbing Pulau Pinang yang dilanda masalah kewangan yang serius musim lalu. Tidak mengalah, pengendali berusia 56 tahun itu terus membawa Harimau Kumbang sehingga ke penghujung musim.

Isu pembayaran gaji ketika bersama Pulau Pinang itu akhirnya diselesaikan pada Januari lalu oleh pengurusan baharu yang diketuai oleh Presiden, Dr. Amar Pritpal Abdullah.

Isu ini menjadi bualan hangat di media sosial selepas kapten Melaka United, Shukor Adan telah membuat kenyataan terbuka selepas mengesahkan tiket ke suku akhir Piala Malaysia 2019, mengenai masalah gaji yang terpaksa dilalui oleh barisan pemain.

Biarpun dilanda masalah pembayaran gaji, skuad Hang Tuah tetap berjaya melangkah ke suku akhir Piala Malaysia dan akan turun berdepan juara untuk empat edisi iaitu Pahang. Melaka United menduduki tempat kedua Kumpulan D dengan lapan mata, hanya dipisahkan satu mata dengan pasukan FELDA United.

Dengan tersebarnya isu ini, adakah para pemain Melaka United akan kekal fokus dengan misi dan berjaya mengetepikan masalah di luar padang untuk turun positif menentang Pahang?

Kredit Featured Image: MUSA

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN