Pique: “Neymar Mahukan Trofi Di Barcelona Atau Wang Di PSG?”

Gerard Pique sebelum ini memujuk Neymar untuk kekal di Barcelona dan kemudiannya yakin pemain itu akan kekal di Camp Nou.

Pihak pengurusan Barcelona menyatakan mereka tidak mahu melepaskan pemain tersebut walau apa jua nilai ditawarkan.

Barcelona mengugut akan mendakwa PSG ke UEFA atas peraturan Financial Fair Play jika mereka meneruskan hasrat membeli Neymar.

Terbaru, Pique menjawab soalan dari wartawan tentang pandangan beliau ke atas saga perpindahan Neymar ke PSG yang terus bertiup kencang.

Bagi Pique, rumusnya mudah, jika Neymar mahukan lebih trofi, Neymar akan kekal di Barcelona. Namun jika rakannya itu mahukan lebih banyak wang, dia akan ke PSG.

(Photo by David Ramos/Getty Images)

PSG dilaporkan sedia membayar klausa perlepasan Neymar yang bernilai €222 juta. Bercakap kepada ESPN Amerika Syarikat, Pique berkata:

“Ia bergantung kepada apa yang Neymar mahukan. Dia boleh pergi ke mana-mana kelab di dunia ini kerana semua kelab mahukan pemain seperti beliau.”

“Dia boleh ke Paris, Barcelona, Chelsea ataupun Manchester City. Semua kelab mahukan beliau. Jadi yang paling penting, apa keutamaan dia sekarang.”

“Dia mahukan lebih wang ataupun lebih banyak kejuaraan?”

“Sama juga dengan atlet di USA ini. Ada ramai pemain NBA yang menolak tawaran duit yang lebih besar kerana mahu menjuarai trofi dengan kelab mereka.”

“Kadangkala, dalam hidup ini anda harus membuat keputusan berdasarkan keutamaan anda.”

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN