Gerard Pique tampil memberikan sokongan kepada pengurus yang sedang dalam tekanan Luis Enrique.
Barcelona dikritik hebat sejak akhir-akhir ini dengan prestasi kurang konsisten. Mereka juga dibelasah PSG dalam perlawanan pertama pusingan 16 pasukan.
Dalam perlawanan menentang Leganes minggu lalu mereka bergelut untuk menang. Mujurlah mereka menang kerana penalti saat-saat akhir Lionel Messi.
Di kala semua orang bercerita tentang siapa bakal pengganti Luis Enrique, Gerard Pique tegas bersuara, beliau dan rakan-rakan sanggup berjuang sehingga mati untuk pengurus mereka itu.
Ini kerana, Enrique telah menyelamatkan Barcelona daripada kejatuhan sebelum ini. Sebelum kedatangan Luis Enrique, Barcelona diuruskan oleh Tata Martino.
Pique berkata:
“Kami sanggup berjuang sehingga mati untuk Luis Enrique. Sebelum beliau datang ke sini, kami seperti sampah.”
“Enrique telah membantu kami memenangi triplet (treble).”
“Saya nak semua orang ingat kembali, apa yang pengurus kami telah lakukan. Kami di sini untuk berdiri di belakang beliau.”
“Kami akan bersama-sama cuba keluar daripada prestasi hambar ini. Ya, kami memang tidak bermain bola sepak terbaik buat masa ini.”
“Sudah sebulan setengah kami gagal bermain bola sepak yang kami kehendaki. Kami akan cuba kembalikan cara kami bermain bola sepak.”
“Pengurus dan pemain-pemain sedangn mencari solusi kepada masalah ini.”
“Kami masih bersaing dalam 3 pertandingan. Walaupun ia tugas sukar di UCL.”
“Kami pernah melalui situasi lebih teruk daripada ini sebelum ini dan kami sentiasa berusaha sehingga ke garisan penamat.”
Ditanya, komen beliau tentang suara-suara penyokong yang mahukan Enrique dipecat. Pique berkata:
“Saya faham mereka kecewa. Tetapi saya tidak setuju dengan cara mereka meluahkannya.”
“Pasukan ini telah memenangi 8 trofi dengan pengurus ini. Saya rasa macam tak percaya, ramai orang ada masalah memori jangka pendek.”
“Jadi, saya menyeru agar mereka (yang bising) ini datang ke Camp Nou (perlawanan vs PSG) nanti, bukannya duduk di rumah.”
“Takut nanti mereka kecewa pula kerana miss melihat kebangkitan kami nanti.”
Baca juga: Chan Yuen Ting, Jurulatih Wanita Pertama Terlibat Kejohanan Elit, Akan Lawan Scolari Di ACL