Pique Dedahkan Beliau Cipta Kumpulan WhatsApp ‘Troll’ Real Madrid

Bintang pertahanan Sepanyol dan Barcelona, Gerard Pique mendedahkan beliau ada mencipta satu kumpulan WhatsApp khas untuk menyakat rakan-rakan beliau yang bermain untuk Real Madrid.

Menariknya dalam kumpulan WhatsApp itu, beliau menjemput rakan-rakan beliau yang ‘sporting’ bermain dengan Real Madrid menyertai kumpulan itu yang kemudiannya turut disertai rakan beliau di kelab Barcelona.

Kumpulan itu dicipta Pique untuk ‘menambah luka’ kepada rakan-rakan beliau di Real Madrid yang sudah terlepas beberapa trofi musim ini terutama sekali La Liga.

Pique menyatakan beliau gemar mengusik terutama sekali apabila sekarang Barcelona berada 15 mata di atas Real Madrid.

“Saya beritahu anda satu informasi sulit. Semua orang tahu pemain bola sepak ini ada kumpulan teks dan WhatsApp mereka sendiri.”

“Sata ada 1 untuk rakan-rakan dari kampung, 1 lagi untuk rakan-rakan di kelab Barcelona sahaja. Tetapi satu ni yang menjadi kegemaran saya. Ia mungkin mengejutkan anda semua.”

“Pada awal musim ini, ketika kami menjarakkan diri 9 mata daripada Real Madrid dalam liga, saya mencipta 1 kumpulan istimewa untuk rakan-rakan saya dari Sepanyol yang bermain untuk Real Madrid dan Barcelona.”

“Kumpulan ini memang kami sembang ‘sampah’ dengan satu sama lain terutama sekali ‘bergaduh’ tentang Barca dan Real Madrid. Kumpulan ini terbaik bagi saya sebab kami semua menjadi seperti kanak-kanak.”

“Sekarang kami sudah 15 mata di atas Real Madrid dan saya menjadi lebih kreatif dalam membalas teks mereka.”

“Tahun lepas, apabila Real Madrid memenangi semuanya, mereka merasa yang mereka bagus sangat. Mereka selalu menyakat kami sebaik sahaja di pusat latihan kebangsaan.”

“Bayangkan, setiap kali mereka menang perlawanan musim lepas, mereka akan bergambar buka baju yang tiada tujuan. Kemudian muat naik di isntagram. Ingat tak?”

“Lepas tu mereka tersenyum dan menunjukkan otot masing-masing seperti The Rock dan menulis hastag Hala Madrid dan kemudian beberapa emoji trofi.”

“Musim ini pula nampak gelombang yang berbeza. Semua muat naik gambar di bilik persalinan dalam instagram mereka nampak sangat suram. Lepas tu kalau menang hanya tulis, 3 mata hari ini, kita perlu bekerja keras lagi!”

“Kemudian saya teks dalam kumpulan WhatsApp kami, ayuh ‘guys’. Kenapa serius sangat? Kemudia saya letakkan sedikit emoji menangis dan kemudian emoji ketawa.”

“Saya buat nama istimewa untuk kumpulan ini iaitu, CONGRATULATIONS (TAHNIAH).”

Rasanya, pasti pemain Real Madrid dalam kumpulan tu tak sabar-sabar menunggu roda berputar pula untuk kenakan rakan mereka di Barca terutama sekali tuan pencipta dan pentadbir Encik Pique.

Siapa yang cepat koyak mental rasanya tidak boleh satu kumpulan dengan Pique dan Ramos dalam kumpulan tersebut.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN