Pintu Perpindahan Liga M Ditutup Pada Malam Ini

Perkongsian Liabiliti Terhad Bolasepak Malaysia (FMLLP) mengumumkan jendela perpindahan pertama Liga Malaysia (Liga M) akan ditutup malam ini setelah memperuntukkan tempoh selama 12 minggu kepada semua pasukan Liga Super dan Liga Perdana mendapatkan pemain terbaik mereka sejak ia mula dibuka 20 November lalu.

“Jendela perpindahan pertama musim 2018 akan berakhir. Tempoh yang diberikan selama 12 minggu yang bermula dari 20 November 2017 hingga 11 Februari 2018 akan ditutup secara rasmi pada 11 Februari 2018 jam 11.59 malam.

“Kegagalan pasukan melengkapkan proses pendaftaran mengikut masa yang ditetapkan akan menyebabkan pemain tidak layak didaftarkan di dalam Liga Malaysia 2018.

“Jendela perpindahan ke-2 akan dibuka semula pada 14 Mei hingga 10 Jun 2018 nanti,” kata kenyataan daripada laman facebook FMLLP.

Musim ini FMLLP memperkenalkan slot pemain import kelima bagi kuota pemain dari Asia Tenggara untuk pasukan Liga Super. Antara syarat yang dikenakan ialah pemain itu mestilah mempunyai sekurang-kurangnya 30 caps bersama skuad kebangsaan.

Sumber: Football Malaysia LLP, Facebook.

Kemasukan minit akhir yang dapat disaksikan ketika jendela perpindahan berbaki sehari lagi adalah bekas pemain import Selangor, Andik Vermansyah yang sah menyertai juara Piala FA 2017, Kedah dengan kontrak selama setahun, kelmarin.

Malah, pasukan Liga Perdana juga turut tidak ketinggalan apabila kebanyakan pasukan menggunakan empat import seperti yang diperuntukkan FMLLP sebagai usaha untuk muncul dua pasukan teratas sekali gus mara ke saingan Liga Super musim depan.

Bagaimanapun, sukar untuk melihat ada lagi kemasukan pada saat akhir memandangkan kebanyakan pasukan sudah mula mengikat pemain lebih awal bagi memastikan pemain baharu dapat menyesuaikan diri dengan corak dan taktikal pasukan masing-masing.

Jendela perpindahan kedua dibuka semula dari 14 Mei hingga 10 Jun depan.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN