Pemain tengah Perancis, Paul Pogba mendakwa pingat kejuaraan Piala Dunia yang dimenanginya adalah antara barang hilang selepas kejadian rompakan di rumahnya minggu lalu.
Rumah Pogba telah dipecah masuk pada 15 Mac sewaktu anak-anaknya sedang tidur dan insiden tersebut berlaku semasa Manchester United sedang beraksi menentang Atletico Madrid dalam aksi Liga Juara-Juara Eropah (UCL) di Old Trafford.
Pemain berusia 29 tahun itu merupakan tonggak utama skuad Perancis yang menjulang kejuaraan Piala Dunia 2019 selepas menewaskan Croatia dalam perlawanan akhir di Rusia.
“Antaranya adalah barang kemas pemberian ibu saya, pingat juara dunia saya,” ujar Pogba kepada akhbar Perancis, Le Figaro.
“Apa yang lebih merisaukan saya adalah dua anak saya bersama penjaga ada di rumah ketika insiden tersebut berlaku.
“Dia [penjaga] mendengar segalanya, menghubungi isteri saya dan pengawal, kemudian mengunci dirinya bersama anak-anak saya di bilik. Untuk beberapa hari dia agak trauma. Apa yang penting sekarang anak-anak saya semuanya selamat.”
Pogba kini sedang bersama skuad kebangsaan Perancis untuk aksi persahabatan menentang Ivory Coast pada Jumaat Afrika Selatan pada 29 Mac.