Pindah Ke Arab Saudi, N’Golo Kante Terus Beli Kelab Eropah

N'Golo Kante

Pemain Perancis, N’Golo Kante kini sudah pun berpindah ke Arab Saudi untuk beraksi bersama-sama Al-Ittihad.

Perpindahan itu nyata ditangisi oleh penyokong-penyokong Chelsea yang berasakan pemain ini cukup berkualiti dan jarang untuk bertemu dengan bintang sepertinya.

Kini sudah pun menyertai revolusi bola sepak Arab Saudi bersama-sama Cristiano Ronaldo, Karim Benzema dan ramai lagi, Kante terus melakukan satu lagi tindakan yang menarik perhatian apabila membeli sebuah kelab.

Wahh dah pindah ke Arab Saudi terus boleh beli kelab bola ya?

Menurut laman BBC Sport, Kante dilaporkan telah membeli sebuah kelab divisyen tiga Belgium iaitu Royal Excelsior Virton.

Excelsior Virton yang ketika ini kehilangan statusnya sebagai kelab profesional kini dalam usaha untuk memperolehnya kembali supaya boleh mendaki semula salasiah bola sepak Belgium.

Jika lesen itu berjaya diperoleh, maka Excelsior Virton akan bersaing dalam Liga Divisyen 1 Nasional Belgium pada musim 2023/2024. Liga tersebut merupakan divisyen ketiga dalam bola sepak Belgium.

Kante akan mengambil alih kelab ini bermula pada 1 Julai 2023, sama dengan tarikhnya menyertai Al-Ittihad di Arab Saudi.

Pemenang Piala Dunia 2018 itu akan mengambil alih kelab tersebut daripada Flavio Becca yang yang dikatakan dengan hati terbuka dan sukacita melepaskan kelab tersebut kepada pemain tengah itu.

“Flavio Becca dengan penuh sukacitanya melepaskan kelab ini kepada N’Golo Kante, pemain berkelas tinggi yang bukan sahaja kerana skil bola sepaknya tetapi yang terutama sekali adalah kualiti beliau sebagai manusia yang tiada tandingan.

“Dipandu dengan rasa minat terhadap bola sepak, Kante mempunyai keinginan untuk menstrukturkan kelab menerusi asasnya, menstabilkan perihal staf dan menyambung semula tradisi kelab menerusi akademi remajanya.

“Kelab kini mensasarkan untuk mengukuhkan kembali cengkaman baig menjadi hab bola sepak di Gaume serta wilayah Luxembourg,” kata kelab tersebut dalam kenyataan rasmi mereka.

Ini merupakan satu lembaran baharu dalam perjalanan karier Kante, diharap selepas menjadi pemain terbilang kita akan saksikan beliau menjadi pemilik kelab yang berjaya pula selepas ini.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN