Walaupun sudah disahkan sebelum ini daripada Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) mengenai jaringan Cristiano Ronaldo yang tidak dikira dan telah dibuktikan dengan teknologi terkini.
Namun, sehingga kini pertikaian tersebut masih lagi panas dibincangkan di media sosial dan mendapat liputan secara meluas.
Malah, Persekutuan Bola Sepak Portugis (PFF) turut masuk campur akan hal tersebut dan sedang menyiapkan segala bukti untuk mengesahkan jaringan Ronaldo itu sah.
Segalanya mula menjadi kontroversi selepas jaringan pertama Portugal terhasil ketika perlawanan peringkat kumpulan menentang Uruguay baru-baru ini.
Ronaldo jelas meraikan jaringan pertama tersebut dengan begitu gembira sekali, selepas beliau mengakui bola daripada Bruno Fernandes itu terkena kepalanya yang terus menghasilkan gol pertama permainan.
Namun, kegembiraan penyerang sensasi itu tidak lama selepas VAR mengesahkan jadingan tersebut menjadi milik Bruno dan bukan dirinya.
Tersentak dengan keputusan VAR tersebut, Ronaldo jelas tidak berpuas hati dan menghubungi rakan media sebelum ini iaitu Piers Morgan untuk menceritakan segalanya.
Malah, di media sosial juga sudah mula memperkatakan hal ini sehingga gelaran ‘Hair Of God’ menjadi sebutan ramai untuk merujuk kepada jaringan tersebut.
Ego Ronaldo untuk mempertahankan gol tersebut tidak dapat disangkal lagi, namun beliau juga tidak boleh disalahkan sepenuhnya kerana pemain tersebut jelas ingin menyaingi rekod sembilan gol yang dicipta oleh Eusebio sebelum ini.
Disebabkan itu, pihak Portugal juga jelas ingin mempertahankan Ronaldo dalam misi beliau untuk melepasi rekod jaringan tersebut dan mula mengumpul bukti untuk dihantar kepada FIFA.
Walaupun begitu, nasib yang menimpa kepada Bruno jelas agak menyedihkan selepas tidak ramai membela atau mempertahankan keputusan gol tersebut miliknya.
Namun, Bruno tetap positif dan beliau sendiri menyangka jaringan tersebut menjadi miliki Ronaldo dan gembira kerana pemain tersebut sudah menyamai rekod Eusebio.
“Saya meraikan jaringan pertama tersebut dengan begitu gembira. Pada pandangan saya, Ronaldo telah pun menyentuh bola tersebut dan tujuan saya memang menyasarkan bola tersebut mengenai dirinya.
“Saya gembira dengan kemenangan ini dan tidak kisah siapa pun penjaring gol tersebut, apa yang lagi penting pasukan kami berjaya melepasi sasaran untuk ke pusingan seterusnya,” jelas Bruno menerusi Sport Bible.