Pihak Berkuasa Bulgaria Tahan 16 Penyokong Kerana Rasis

Kementerian Dalam Negeri (KDN) Bulgaria mengesahkan 16 penyokong bola sepak telah ditahan setakat ini berkaitan cemuhan berbaur perkauman terhadap pemain England.

Pada perlawanan kelayakan Euro 2020 pada 15 Oktober lalu, perlawanan membabitkan Bulgaria dan England terpaksa dihentikan sebanyak dua kali oleh pegawai perlawanan – selepas pemain The Three Lions menjadi mangsa cemuhan ‘rasis’ penyokong Bulgaria.

Pada Rabu KDN Bulgaria berkata enam tangkapan telah dilakukan, dan usaha menjejak pesalah yang lain masih diteruskan.

UEFA bagaimanapun sudah mengambil tindakan terhadap Bulgaria dengan pendakwaan sehari selepas perlawanan yang diadakan di Stadium Nasional Vasil Levski diadakan.

FIFA dalam satu kenyataan pula berkata, pihak mereka sedang memantau secara dekat Persekutuan Bola Sepak Bulgaria (BFA) selepas perletakan jawatan Presiden badan induk itu.

Ia berkemungkinan berkaitan desakan Perdana Menteri Bulgaria, Boyko Borissov untuk Presiden BFA, Borislav Mihaylov untuk meletak jawatan.

Kapten skuad kebangsaan Bulgaria, Ivelin Popov berkata beliau malu dengan apa yang berlaku, manakala jurulatih, Krasimir Balakov tampil melakukan permohonan maaf kepada pemain England.

England bagaimanapun menang 6-0 ke atas lawan mereka itu, dalam suasana perlawanan yang berlangsung dengan penuh toksik.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN